Tuesday, April 12, 2011

Tempat ini Bukan Tempat Kita

Tempat ini menakutkan bila gelap kian menjengah
Tempat ini ada dosa yang tidak padam
Padat, kukuh, tanpa liang, tanpa pintu dan tanpa tingkap
Ada jasad-jasad bodoh, alpa lagi jahil
Ada hati-hati keji merengus
Menolak, menambah insaf menjadi infiniti tanpa jumlah lalu tergantung tidak selesai

Tempat ini
Tak pijak tanah
Tak juga terapung di awan biru
Tak hidup
Tak juga kau mati!

Tempat ini, tempat apa!
Bila mana jasad dan hati yang sial terpana
Jalan-jalan kembali menghalus, seperti garisan lurus hampir terpadam
Terang tidak, gelap pun bukan
Mahukan kesal, mahukan nasuha, mahukan sakit biar berdarah

Perhitungan itu pasti
Bernafaslah bagai mati hampir seinci
Menarik diri, menyentap jiwa, gigih merangkak ke syurga
Di saat jasad berlari pantas ke neraka

::: pena iman nur aima~

No comments:

Post a Comment