Tuesday, May 3, 2011

Teruskan...Tak Jauh Lagi

ada waktu terasa ingin putus asa....
dah tak mampu nak teruskan lagi....
perumpamaannya......

seperti berjalan di sawah bendang
pada waktu malam gelap gelita
tak nampak denai-denai yang dilalui
sekali sekala pacat melekat di kaki
ohh..ya...tidak lupa nyamuk yang sentiasa mengekori
merah-merah kulit digigit

jalan gelap
sendirian, sunyi dan sepi
pandangan pun gelap tak nampak hijau padi yang mengelilingi
terus meraba dalam gelap untuk sampai ke hujung pondok sana
ada cahaya disana
mungkin juga ada teh panas yang menunggu
sekali sekala terjatuh
tergelincir ke dalam selut lumpur
anggota badan sakit
pakaian kotor
ada titis-titis dan genangan air mata
tumpah jua sekuat mana ditahan
mahu putus asa
tak mahu teruskan perjalanan ini
terlalu sukar
tak peduli apa yang menunggu di pondok sana
titis-titis hujan pun turun
membasahi ubun-ubun
sejuk, gelap, sunyi, sendirian dan sepi
hujan...selebat hujan dihati

aku gagahkan jua
bangun untuk melangkah
harus diteruskan
sesekali langkah kaki terhenti
mengurut buku lali yang terseliuh tadi
teruskan...teruskan
ada suara yang berbisik

saat ini aku ingin berputus asa
berjalan sendirian...terlalu sepi perjalanan ini
tolonglah.....teruskan jua
ada apa yang menanti di pondok sana
kelihatan ada lampu minyak tanah menerangi
teruskan sahaja.....tak jauh lagi

[mahu teruskan study walaupun dah tak larat....huhuhuhu]

::: pena imannur aima~

No comments:

Post a Comment