Wednesday, October 31, 2012

diam ini membunuh aku

aku banyak diam
segalanya aku simpan
sampaikan aku rasa jantung hati aku ni dah kembang seperti belon udara

payah betul aku nak bercerita
kalau aku buka mulut
aku akan sebut sepatah dua
lepas tu, aku diam
aku rasa selamat bila diam
difikirkan semula
aku ini simbol kegagalan komunikasi...

arghh...bukan gagal!
cuma aku diam...
aku banyak diam...
aku ambil masa untuk bercerita
dan ada banyak cerita sisi gelap
yang cuma aku dan tuhan saja yang tahu
dan ada banyak impian, mimpi dan angan yang mahu aku kongsi...

salah aku...cuma satu...
aku ingat orang faham
tapi mereka takkan pernah faham
itu memang salah aku...
nak faham kenalah diberi pencerahan
bukan terus diam menyepi

argghh...walau mulut aku diam, hati aku menjerit sebenarnya
otak aku ni terus menganalisa
tak pe lah...
diam itu lebih baik dari berkata buruk (smirk)
teruslah aku hidup tanpa kata-kata.


iman nu aima


14 comments:

  1. x elok pendam lama2. bole menyebabkan seseorang tu jadi pemarah/pendiam. Mostly bila smpai satu tahap rasa nya jadi pemarah la kot. Pergi panjat gunung/bukit then jerit puas2. :)

    ReplyDelete
  2. jadi pemarah? alamak...tak mahu...tak mahuuuuu...

    thanks Nik:)

    ReplyDelete
  3. ayu.. :D..
    memahami sgt2.. kdg2 kalau bercerite pun org sukar tuk faham..
    kalau cube difahamkan kdg2 tersilap pemahaman..
    huhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak za, kena belajar lagi ni...kemahiran mendengar dan menerangkan dengan lebih baik lagi...heheh :p

      Delete
  4. akak pun suka simpan je.. pendam je sampai kekadang tensyen x tentu,.. tp akak lebih suka 'bercerita' dlm blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak aima..menulis tu macam satu terapi dah nak lepaskan perasaan :)

      Delete
  5. Replies
    1. heeee.....aku dah lalui ituuuu.... -blushing-

      Delete
  6. cer cerita...sy boleh je paham insyaallah...klu x phm kena bg phm...as long as u r okey...huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh...buleh..bulehh..haha :D

      Delete
    2. ikut nasihat leakedknowledge 2...hahahahaha

      Delete
  7. emm...ak pon jns yg ske pendam..tunggu masa jer nk meletup jika dipetik suisnya...tp sebaik-baik cri sesorg yg kita rapat percaya. berkongsi dgn dia. sedikit sbyk beban berat kt dada tu terlerai cket

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada...ada tapi tak pandai nak story jer..hahaha

      #thanks...followed..follow balik :)

      Delete
  8. Diam itu menyelamatkan kadang-kala.

    ReplyDelete