Sunday, January 20, 2013

cerita kedai makan


aku selalu nampak pak cik dua orang ni balik dari berjemaah di masjid al-malik khalid USM. balik insyak, kadang-kadang makan dekat kedai makan yang dekat dengan rumah sewa aku. aku rasa depa dua ni bestfriend forever. pak cik yang pakai cermin mata tu muka dia macam cina, memang orang cina kot. pak cik berjanggut tu kita boleh panggil mamu penang, selalu dia kayuh basikal pergi masjid pakai kain pelekat kotak-kotak.

secawan teo panas tu aku punya, biasalah bila anak dara sorang-sorang duduk rumah sewa malas masak, dia pergi kedai makan, sambil makan dia cuci-cuci mata cari prospek. aku rasa aku kena cari seseorang tuk 'up' motivasi aku memasak, berdua kan lebih baik. cari husband - kalau dapat bakal macam pakcik dua orang tu pun ok jugak. sejuk mata memandang. dah tentu-tentu pandai ajar anak mengaji.

p/s kes dah kering idea nak up entry. sekian, wassalam.

iman nur aima


15 comments:

  1. Aku juga suka keluar dan perhatikan sekeliling.

    Ah, semoga sampai nanti jodohmu, yang baik2. Ameen. *senyum*

    ReplyDelete
  2. entah2 pakcik tu masing 'available' ... Huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. haha...main snap jer..rasa2 depa minta royalti tak.. :)

    ReplyDelete
  4. SPK - obervant itu bagus dan terima kasih...ameenn -senyum-

    the malay male - haha..kalau dah jodoh redha jer :p

    ReplyDelete
  5. try tanya pakcik tu diorang nak menantu ke tak.
    hehe

    ReplyDelete
  6. Agaknya pakcik tu pun tgh cari jodoh kot! hahahaha..cuba tackle pakcik2 tu...

    ReplyDelete
  7. encik abil - ok, lain kali terserempak saya tegur **assalammualaikum pakcik :P

    #btw terima kasih kerana singgah :) heheh..*silent reader.

    ReplyDelete
  8. entah entah pak cik tu duk cari calon menantu.. ehehehe

    ReplyDelete
  9. amboi . kisah pakcik pun jadi . ehem , awok tuh stil available lagi lettew . hiks .

    ReplyDelete
  10. try tanya pak cik tu, kot kot dia single lagi..

    ReplyDelete
  11. Kita tengok orang dan orang tengok kita.Sama2 menilai.Nilaian Allah yang sebenar-benar nilaian.

    ReplyDelete
  12. Mamu tu Pak Adam namanya, Siak Masjid USM.
    Yang sorang lagi tu memang selalu gi masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas makluman...sedihnya dah takkan 'terserempak' dah dng pakcik2 ni :')

      Delete