Sunday, November 16, 2014

engagement1: have i told you?


yuppp... single but not available anymore...

imannuraima

Sunday, July 20, 2014

Tuesday, May 27, 2014

told yaaaa...


Aku rasa...
Dia dah nampak masa depan dia bersama aku...
Banyak pe'el...
Semoganya dia tidak berfikir untuk kedua kali...
told yaa.. "she's still a kiddo".

Your future. Be prepared. Embrace it.
 (^_*)



pictures: 9gag & tumblr

imannuraima

Wednesday, May 21, 2014

How I Met Your Mother

What i learned from How I Met Your Mother;

"You cannot simply run back to your past because its familiar. New is always better".

Imannuraima 

Wednesday, April 30, 2014

mendongak langit


iman nur aima

Tapi sumpah aku tak kisah pun

Salam.

Aku memang tak berubah, tak berubah sikit pun dari suatu masa aku kecik dulu sampai sekarang. Aku ingat sungguh janji aku yang satu itu. Makanya, otak orang macam aku memang susah nak maju; tak maju langsung kot. Sebab aku tak fikir macam orang lain fikir. Otak orang macam aku ni memang susah nak survive dalam dunia yang  macam sekarang. Tapi sumpah, aku tak kisah pun.

Aku ni dah tua tapi minda aku ni macam baru nak akhil baligh, langsung tak matang. Aku tak suka secara terbuka cerita tentang hal finance, harta, kedudukan, pangkat dan lifestyle macam orang yang semuanya mampu..

Aku tak kisah - kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah… Sikit pun aku tak kecil hati, sikit pun aku tak terasa (kau boleh tanya ayah aku, betul atau tidak aku seperti itu… hahaha). Malahan, aku bangga dengan pencapaian orang lain. Aku bangga dan sungguh aku tak pernah terasa. Cuma nak bercerita tentang hal kewangan, harta, kedudukan pangkat semua tu seperti tiada perkara lain yang lebih penting, sungguh bukan my cup of tea, I’m not that easy to impress either. Oleh sebab itu lah, aku mengaku aku bukan orang yang kisah. Dan sebab itu lah, aku adalah orang yang sentiasa gembira dan content dengan apa yang aku ada.

Aku memang berkira dan aku memang ukur kain dekat badan sediri. Tak ada lah aku pergi belek-belek baju orang lain dan cube fitkan pada badan aku yang sekeping ni. Aku pakai je baju yang aku ada asalkan aku selesa. Apa yang kita usaha, itulah yang akan kita dapat. Ye aku tahu..

Sejak setahun ni, aku banyak berfikir. Ya..dah setahun rupanya aku fikir semenjak aku pulang semula ke halaman di KL ni. Aku perhati keluarga aku, aku lihat sahabat aku, aku baca alam maya yang tiada sempadan, aku bicara dengan saudara jauh dan dekat. Makin aku tua, makin aku tak mengerti, ok aku tipu…aku sendiri yang tak nak mengerti dan tak kuasa nak faham.

Sungguh, makin berusia, kita rupanya makin tiada kebebasan. Atau aku yang tak mahu nak fit in dalam dunia material macam sekarang. Semua nak compete, semua nak show off, semua nak lifestyle yang sumpah tak realistic.

Arrgghhh…benci lah! Aku nak rasa bebas tapi isu kebebasan ini sensitive, rupanya ia tergari bersama tanggungjawab. Baiklah aku mahu bebaskan diri dan bertanggungjawab…  Itu limit aku, itu sempadan aku, itu parameter yang harus aku lunaskan dan aku tak akan pernah cuba lari, dan oleh itu, aku tahu aku akan sentiasa gembira. Aku tak terkurung dan terasa bila melihat dunia orang lain. Alhamdulillah, aku masih naïf dan aku masih bebas; sesuatu yang aku lihat sudah ramai tiada.

Aku sedih bila lihat, sebelah jiwa keanakan semua orang yang aku kenal sudah hilang. Mereka semua sudah menjadi insan yang punya kerisauan dan kehendak yang selalu menafikan keperluan. Mereka selalu sangat tercari-cari dan aku merayu agar mereka berhenti sejenak. Duduk sini bersama aku mendongak ke langit tanpa perlu bicara apa pun, tanpa perlu ada kerisauan.

Tapi aku tahu, bebas itu terkurung bersama tanggungjawab. Ya minta maaf, aku tiada jawapan. Tanggungjawab itu bukan kau sorang yang galas. Aku juga.


Iman nur aima

Monday, April 28, 2014

Afiq, aiskrim & cincaluk

Salam

Sabtu lepas adik laki aku bersungguh nak buat homemade ice cream dan menunjukkan skill chef dia kepada aku dan sekeluarga. Makanya, aku pun berpergian lah ke Tesco Ampang dengan Afiq nak cari bahan buat aiskrim.

homemade choc oreo yang sedapppp afiq buat! :)

Simple je la bahan dia, tak banyak mana tapi boleh dapat satu tupperware nampak tak disitu, ape benda container pun aku panggil tupprware :P rasa aiskrim afiq ni pun not bad! Sedappp lahh jugak..ok SEDAP; fullstop =) …. Tapi mintak maap lah.. tak dapat aku nak reveal resepi sempoi adik aku ni…afiq siap warn aku - “akak jangan pergi expose resepi abang ni!! Abis lah bisness abang”..hohoho..adik aku ni belajar lagi dekat college di Melaka, dah nak grad tahun depan tapi rajin dok buat bisness dan ada persatuan berniaga dimana dia adalah presiden..OMG! tak sangka berbakat adik aku ni…ingat selebet jer.


Sedang aku cerita pasal afiq dan aiskrim ni..aku ternampak lah betol-botol cencaluk tuuu... :)

close up sikit cencalukkk tuuu..

Bercerita pasal cencaluk/cincaluk (confius aku nak sebut camne hehe). Si Afiq; adik aku ni memang ada history dengan cencaluk ni.. dekat-dekat hujung tahun lepas tragedy ini berlaku.. Kitaorang satu family pergi bercuti dekat Melaka sambil sambil tu pick up afiq dekat Melaka sebab dia pun dah nak cuti semester…

And opkos..Melaka kaya dengan belacan dan cencaluk..so beli la berbotol-botol cencaluk dan belacan buat stock…Beli sikit cencaluk yang raw tanpa cili, original dan boleh improvise ikut tekak sendiri, disamping membeli jugak cencaluk yang dah siap sedia tuk di makan…yang dah ada cili, asam bawang semuanyaaaa…  sedappp okehh…

Nak dijadikan cerita, bila sampai KL…hari kedua dah berehat-rehat dekat rumah, masak lunch sume…ofkos nak makan cencaluk fresh dari Melaka kan…so adik aku afiq ni ambiklah sebotol cencaluk yang dah siap bercili tu…bukak penutup merah dan dalam dia ada lagi satu penutup macam cap botol coke, f&n tu..jenggg..jenggggg jenggg..korang tau ape jadi lepas dia bukak cap tu?!! MELETUP kauuuu…BOMMMM!!!!… haaaaahahahah…macam bukak botol coke yang digoncang kauu..macam tu la rupenya tapi imagine keluar udang kecik2 tu…hahahahahahahahahahaha…tp bukan setakat dia melimpah-limpah berbuih macam air gas tu…udang tu siap bertepek-tepek dekat atas syiling rumah, bersememeh dekat badan muka afiq…hohohohoh…melopong jugak laa kita org tengok…betapa kuat tekanan nya sampaikan syiling kitorang melepet-lepet udang kecik-kecik dengan cili!!  OMG!! #Whatthefish okeh….hahahahaha

Selepas insiden tak dijangka itu berlaku…sumpahhh aku tak nak makan cencaluk lagi!!…bau dia…Yarabbi satu rumah dah bau mcm susu basi..ok, aku TIPU. Bau dia lagi teruk dari susu basi -_-! #whatthefreeze #omg #omg sangattt...Tak tau nak nangis kaaa…nak gelak kaaa…atau termenung mengenang nasib..hahahahahhaha…sebulan  kot baru bau dapur tu kembali seperti duluuu…hahahahuhhuuuu (T_T) *nangehhh selautan... :P

OK, Sumpah aku tu sekejap saja, sila rujuk gambar, botol cencaluk kembali menghiasi dapur...hahahaha **blusshhh...sebagai anak jati Negeri Sembilan dan menghormati tekak Melayu aku ni…tak da maknanyaaa sumpah aku tu..tak serik-serik…hehehe..tak lama lagi nak belajar makan budu plak..cecah dengan semua benda, kalau boleh pizza pun nak makan cicah budu..hahahah


Sekian.

imannuraima

Wednesday, April 23, 2014

wednesday complaint

Apart from exquisitely good in giving clear, simple and polite order.

A good loveable respectful leader should also be able to listen.

"tonight...lets we all dance in the rain" :p

                                                                 source: masspictures.net

imannuraima

Friday, April 11, 2014

jengkel

I insist... I insist… (desakan)
What’s the use? Kalau hantar tapi… (perli)
You tell them… (bagi arahan)

Beginilah rasanya berurusan dengan orang yang maha kaya.
Tuhan bagi aku kekuatan untuk tidak rasa jengkel memanjang.


imannuraima

Thursday, April 10, 2014

pindah

Baru ku tahu, rupa-rupanya...kerja pindah rumah ini bukan kerja senang!
Lesson learned.



iman nur aima

Friday, March 21, 2014

Mengira ‘blessing’

Salam

Dulu masa kecik-kecik, time hingus-hingus lagi; time layan cerita-cerita fairytales princesses dan drama Melayu jiwang-jiwang tahap tak boleh blah…; selalu sangat berangan nak jadi dewasa dan nak ada boyfriend. Time remaja pulak selalu sangat berangan nak fall in love, romantic-romantic dan feeling touching-touching macam princess, macam Rory dalam drama bersiri Gilmore Girl. Monyet sangat okeh… :)

Tapi sebab dibesarkan oleh uwan dan atok di kampung; makanyaaa...nak bercinta ke… keluar dating semua tu.. adalah big NO bagi aku. Rasa malu pun ada jugak kalau ada kawan lelaki, jadi sampai umur 17 tahun macam tu..malu nak kawan dengan lelaki…malu sangat-sangat! Ada jugak eloknya perangai MALU tahap awan mega ni, tak adalah aku cuba berbuat sesuka hati kannnn. 

Tapi dekat sekolah tu tak adalah sampai tak bercakap langsung dengan lelaki, kawan-kawan macam tu adalah…plus masa tu ramai peminat walaupun aku tak minat…haha…like seriously! Budak perempuan selebet, kurang keyakinan dengan diri sendiri dan selalu bersendirian ni ada ramai peminat jugak. Mungkin, sebab nampak aku ni macam mysterious sangat…macam cool jer… macam aku tak kisah sangat asal aku score paper aku… depa dok minat, adore macam mana tah…waaaahhh..lawak sungguh kalau di ingat…!

Masa zaman remaja tu aku ingat, aku rasa, aku pasti sangat!! Takkan adalah orang yang akan treated aku macam scene dalam drama-drama jiwang tahap gaban tu walaupun angan tu tahap mencapai langit ke tujuh…tah-tah tak ada siapa pun yang suka aku bila besar nanti…haha..Innocent sangat minded masa tu… tak pernah terfikir bahawa ‘a girl deserves to be treated as a princess because she is someone’s special’…

Tapi sekarang bila dah dewasa…kenalah ucap Alhamdulillah sebab there is someone..mmm no, there is 2 persons who treated me like a princess; my dad and a boyfriend soon to be husband ..insyaAllah. This boyfriend seriously sabar kot dengan kerenah aku…kalau aku ngorat diri sendiri…sumpah aku tak nak!! Hahaha…sungguh banyak pe’el aku ni…tapi siapalah kita nak men’decide’ segalanya kann…caiitt hancuss bahasa..


Dan sekarang ni, scene dalam filem tu memang aku dapat rasa..terima bertimbun-timbun bunga dan hadiah…makan kat tempat cantik-cantik…hahahahuhuhuhuh (gelak sambil kesat air mata…sroootttt, hembus selsema sekali). Apepun kena ucapkan syukur dengan rasa yang dikurniakan, sebab masa hadapan tak tahu ape yang akan jadi kan… =) Moga baik-baik sahaja.

 Mehhh nak up sikit, bunga ni semua adalah hasil kerja Kak Hos dari Mentari Timor Florist, depa buat servis dekat utara, dah balik KL ni...tak ada lagi la aku terima bunga secara berkala dari Mentari Timor Florist, mamat tu kena hantar sendiri laaa... :')

Thank you for everything :') Harap sampai tua macam ni dan takkan berhenti...

kalau dah tua, tengok ini dan cuba ingat semula... (T_T)

p/s - We never get what we want. We never love what we have. But still we live, we love and hope  that someday; we get what we want or we learnt to love what we have (quote).

imannuraima

Thursday, March 13, 2014

#LITTLE PRAYER


Selain daripada kesedihan, kekecewaan diatas kehilangan MH370; aku juga sangat sedih dengan keadaan cuaca di Malaysia sekarang, Kuala Lumpur khususnya dan juga di Negeri Sembilan, kampung aku wei..

Gambar aku ambil jam 8.25 pagi tadi, 13/3/2014

Petang semalam (12 March 3013), bila aku keluar je dari pejabat jam 5.45 petang, MasyaAllah... berasap kau! Jerebu teruk sangat :'(

Minggu lepas aku demam, siap pergi buat ujian darah dekat HKL sebab demam 5 hari tak elok-elok...risau betul kalau aku demam denggi, hari-hari kena buat ujian darah? taaaakk sanggup...

Baru je demam aku nak kebah...keadaan cuaca pulak makin merudum, batuk aku makin teruk...mana-mana pergi ada jerebu...serius! aku sensitif sangat dengan udara yang tercemar...dan sekarang udara yang aku sedut bau asap :'( Ya Allah...sebak sangat aku rasa...Waktu malam pun masih terasa kehangatan...Ya Allah, turunkan lah hujan, bersihkan udara kami Ya Allah. Jauhkan kemarau ini Ya Allah..

Aku rasa macam bertimpa-timpa pulak ujian yang diturunkan buat kita kat Malaysia ni :'( Kemarau, jerebu, kebakaran hutan... Semua ni pasti memberi kesan kepada kita semua secara langsung dan tak langsung...skema plak aku...

Sepanjang Lebuhraya Nilai-Seremban


Yang ni gambar dua minggu lepas dekat kawasan lebuhraya menghala dari Nilai - Seremban, on the way balik kampung, tak pernah aku tengok kebakaran hutan sampai ke lereng-lereng tepi jalanraya :( sebak lagi bila aku fikir tentang binatang-binatang yang menetap kat kawasan tu :'(

Jadi sepanjang bulan lepas dan besar kemungkinan bulan ini juga, aku nasihatkan diri aku yang lemah ini untuk tidak berada diluar rumah/luar bangunan untuk tempoh yang lama...sesak nafas aku rasa :(

Ya Allah....sejahterakanlah kami. Temukan kami dengan MH370 dan juga turunkanlah hujan yang memberi kelapangan kepada kami.

aku rindu :(

p/s keep on praying #MH370 #prayforencikpolistrafik #prayforburuhpembinaan #prayformuridsekolah #prayforpesakitasma #prayformalaysia #sejahteramalaysia #prayforall

imannuraima


Wednesday, February 26, 2014

nak tangan cantikkkk!


aku jumpa iklan eazy mask ni dekat facebook...link dier Eazy Mask Stokis, sila lah stalk :p and i was likeeee..sh*t!! cantik giler tangan dier...! cantik dari kulit muka aku kottt....! tapi lepas guna produk dalam 7 hari okehhhh....


macam tangan bayi kan gambar tu...tapi tangan bayi pun ada kedut-kedut, tangan atas ni tak dak kedut... macam tak dak joint ja jari dier...lepas tu aku tunjuk kat bf gambar yang atas ni...

"awak..cantik gilerr tangan dia!!? tangan saya kedut"
dengan muka tanpa perasaan dia balas "ini tangan anime."

hahahahah :') nak sedapkan hati aku ape....

 

 amazinggg okeh... 65k+ like! 13k+ comment! dan 3k+ share! siapa-siapa yang dah beli tuu silalah pm/give comment pada aku tentang keberkesanan nyaaaa! 


sebab kan tangan 'anime' tuuu...aku berazam akan pakai lotion/baby oil/minyak zaitun ka apa-apa hari-hari...tiap pagi petang dan malam untuk dapat kan tangan anime tanpa kedutan! huhuhu :')
agar tangan aku yang berkedut ini dapat berubah menjadi tangan tanpa kedut serupa anime...


sesapa yang dah guna tuu...sila lah beri aku pencerahan sebab macam logik tak logik jer aku tengok... adeiii la haaiiii...

sekian.

imannuraima




Thursday, February 20, 2014

kenapa dengan drama ni?

haih.... just nak mumbling and ramble about the unnecessary things.

why on earth our local drama love to portray devilish kind of heroes/heroin?! aiiiyaaa....make me sigh a lot you know!

ok..contoh - drama nora elena (long time ago if you still remember though... i do not follow this drama but i read the synopsis and many people and many blogs talk about it to the extent it was insane! back to the drama... the hero tu...seth tan...was a bad boy yang dok rogol nora elena and become the hero... aiiiyaaa!!! (0_o)

nora elena

contoh dua - ombak rindu... (this one i watch it online sebab my housemate dah dok buffer the film and penuh semangat mengajak menonton untuk sama-sama feeling the wave of ombak rindu... sort of sweet movie but again... this film portray the devilish side of the hero! lupa apa nama watak aaron aziz tu... but he was a rich guy yang rogol maya karin and kept her as perempuan simpanan though sah sebagai wife... adooiii!! (0_o)

ombak rindu

cinta buat emelda (also long time ago) and again... i sort of  accidentally watch this drama about 5-10 min because my housemate watch it tentatively. normally, when i arrive home from work...i just rest and then i take my shower...solat maghrib and the drama was over..but im curious so during that 10 mins i'll asked my housemate "so what's up with the drama?" unsurprisingly, the hero tuuu ada anak luar nikah with kembar heroin... argghhh.. sort of tangled kind punya cerita...which i never understand... tapi sah-sah hero tu pon devilish at first...(0_o)

cinta buat emelda

and if you still remember - setia hujung nyawa yang siapa girl tu yang comel tuu...nellydia senrose was the heroin right? she was pregnant before getting married. and that drama was sooooooo popular!! it was madness...tapi mesti kah dia kene pregnant before getting married? why why? whyyy?

setia hujung nyawa

latest one was ariana rose, and again...should i mentioned it?! the heroin (nur fathia) was raped before getting married to the hero- keith foo...what more can i sayyyyy (0_o)

ariana rose

omomomo...what on earth just happen to our drama and movie?? haih....takkk pahaammmm though honestly i layan jugak some of the drama :)

and yes, i like fasha sandha when she act - her new drama is Miranda. she was almost! sikit jer lagi nak kena rape by her fiance on the first episode but tak sempat...fuhhhh! we'll see how the drama evolve over time...kalau kena rape jugak...then our local dramas are being curse! hohohoho....

miranda

p/s - kalau aku baca english novel yang romantic-romantic tuuu tak dak plak depa dok rape heroin and then berubah jadi manusia suci but why are we? twisted sungguh.


iman nur aima


Monday, February 10, 2014

mimpi masa depan

Semoga aku mimpikan seseorang yang berbau harum dan selalu mengucapkan salam kepada ku.

Selamat bermimpi.

Wednesday, January 29, 2014

pesanan ikhlas dari customer service CIMB Bank Berhad - CIMB out of service okeh 31 Jan - 3 Feb 2014

salam.

meh sini..nak habaq sikit. sari berita penting ni...

CIMB bank...kenal tak? bank yang HQ dia dekat Jalan Duta, sebelah sogo dan ada sotong gergasi atas atap HQ dia tu...haaa bank yang itu akan tutup, akan tiada coverage, akan out of service selama lebih kurang 3 hari....ape-ape ponn tak boleeeeee.....

31 JANUARI (JUMAAT, 11.45 MALAM) - 3 FEBRUARI (ISNIN, 6.00 PAGI)

Makanya, sediakan payung sebelum hujan okeh....nanti jangan meroyan tak boleh guna service ATM, CDM, Clicks bagai...memang semua tak boleh....MEPS pun tak boleh yer...pendek kata kad atm/debit korang untuk tempoh masa tuu memang tarak guna langsung...

maklumat lanjut seperti tertera di bawah;


nampak tak caption tuuuuu....'we are upgrading'...upppgradee! depa upgrade system masa downtime tu... 'to serve you better'...jadi janganlah korang mengeluh kesah resah sebab tak dapat guna khidmat perbankan untuk tempoh masa pendek tu...

dan semasa downtime, korang tak boleh guna semuaaaaaa service seperti berikut..as mentioned previously; apa-apa ponnn takkk boleeehhhhh...


Maklumat lanjut korang boleh dapatkan dengan cara berikut tapi janganlah korang call depa meroyan sebab tak boleh guna service :)


tips yang aku boleh kasi korang adalah;

1. sediakan lah wang yang mencukupi....
2. kalau ada alternatif bank lain - simpan sikit kat bank lain tu...
3. dalam tempoh rabu-jumaat ni.- hati-hati sikit kalau guna atm, cdm tu....tak mau la ada masalah duit sangkut kaaa...undispensed ka..kad telan lahh...silap masuk no pin laaahhh....dah tentu-tentu benda tu amik masa nak rectify semula...

ok lah, actually banyak benda aku nak cerita sepanjang pengalaman aku bersama CIMB tapi panjang sangat pulak nanti, later aku sambung lah okeh. thank you for your kind attention. 
and remember your account is your responsibilities.


imannuraima


Monday, January 27, 2014

dengarkan kisah aku balik kampung

salam.

hari sabtu - aku keje sampai jam 10 malam dowhhh (-_-!)....aku ambil train dari kelana jaya tukar ke ampang line, sampai rumah dekat jam 11 malam jugak la; aku mandi, makan...ketuk pintu bilik my sis and bilik my mum sambil jerit "hoiitt bangun-bangun...!! dah cepat siap! gerak jam 12am ni...mohhh lerrr cepat balik kampung..!" ***kakak-kakak sangat aku ni kannn :p

perempuan balik kampung satu hari....hohohoh

balik kampung satu hari jerrr tapi bawak barang macam nak pindah rumah! lebih kurang mcam ni lah banyak nya barang bila 3 orang perempuan nak balik kampung...siap bawak 2 helai 'comforter' okeh...tido tuk berapa jam jer... bukan nya kat kg tak ada selimut...tapi kampung den sojukkk amekkk weehhh!! wajib la bawak selimut busuk masing-masing kannnn....

aku sampai kampung dekat jam 2 pagi... KL-Seri Menanti bukan jauh sangat - dalam 2 jam dah sampai :) 'tercongok' jer aku depan pintu rumah, ketuk pintu minta tolong ayah bukak kan...pisat-pisat my handsome oldman bukak pintu...terus salam cium tangan... masuk bilik cari bantal..pengsan terus...zzzzz

nilaahhh kampong dennn...- kampung panglang, seri menanti, negeri sembilan.

aktiviti di kampung, seperti biasalah; dari pagi dan kalau boleh sampai pejam mata semula... masak / makan / borak..masak / makan / borak!! serius wehhh sampai kami gelarkan rumah kampung uwan den ni sebagai restoran uwan timah!! my grandma nama dia Fatimah :)...gomuk laaaa klu duduk kampung lamo-lamo... celik jer mata - uwan dah masak pulut dengan goreng ikan bilis petai, ayah pulak dah siap-siap gesa suruh turun kedai jiran pepagi subuh, tunggu dia balik dari subuh teman minum dekat kedai...pekena nasi lemak dulu...jam 10 pagi makan pulut...omomomomomo...

tengahari makan nasi gulai masak lemak burung puyuh dengan pucuk ubi, ikan talipia masak sambal..ulam-ulam...tempoyak...etc etc...kampung style...rare ok...rare...sebab tu aku makan 2 pinggan penuh..senak perut makan nasi but i like nasiii!! very much...

sila makan...sila sila...

petang pulak - uwan ajak buat kuih 'pulot kepalo durian'..ngahahahaha...sebenarnya kuih talam seri muka tu jer...tapi uwan selalu sangat sebut 'pulot kepalo'...lokek la namo tu...dan sebagai assistant chef - sempat la aku mengambil gambar step by step buat 'pulot kepalo'... Here's the DIY 'pulot kepalo durian' secret resepi by uwan timah... ;)

bahan-bahannya;

pulut yang telah dimasak...korang masak guna periuk nasi jer, tambah garam sikit bila time nak masak tu...dak sejuk..himpit-himpit dalam talam...

santan kelapa segar...kat kampung tak main la santan kotak ni...back to nature okeh...

dah nama punn pulut kapalo durian...haruslah ada durian yang dibuang biji nya....

tepung gandum & tepung beras pulut....kalau tak kenal - buleh google...i confuse tepung beras keras dan tepung beras pulot :P

gula melaka yang telah dikikis....sambil kikis masukkan sikit dalam mulut... dan juga 2 senduk gula pasir putih (aku tak ambil gambar gula pasir plak...heeee)

santan, gula melaka, gula pasir putih dan durian tu korang blender kasi halus...dah halus korang masukkan tepung gandum dan tepung beras pulut - lebih kurang satu senduk setiap satu...pandai-pandailah korang agak :p pastu korang rasa-rasalah kalau ape-ape tak cukup..tambah kan saja. masak kat kampung ni biasalah..main campak-campak....tiada sukatan yerrr...

tuangkan bahan blender + tepung tadi ke dalam pulut yang telah dihimpit

sedia dikukus....nak tau masak ke dokkkk....cucuk dengan garpu lepas 20 minit...kalau still melekat tu...biarkan lg sampai korang rasa..."eh dah boleh makan ni"

taaarrrrrraaaa! tunggu sejuk sikit baru boleh makan...kalau boleh sabar masukkan dalam peti ais tunggu sejuk punn terbaik...'presentation' memang ke laut tapi rasaaa...marvelous!... ;)

makan kuih dengan teo kurang gula with family members petang-petang hari....superb sangat....!! :') dan bila dah sampai KL aku 'kampungsick'.... :(( 

p/s - uwan aku senyum-senyum jer - aku ambil sume gambar tu... "jap wan..japp..akak amik gambar kejap"...nampak sangat bahagia dia rasa, sebab kita hargai usaha dia...orang tua kan...nak tunggu ape lagi...mesti nak tunggu anak cucu dia balik teman dia, gurau-gurau dengan dia...dan uwan aku ni cara dia tunjuk kasih sayang adalah dengan masakkan makanan best-best! - pagi, tengahari, petang, malam....omomomomo.... pipi i ols boleh kembang setalam kalau hari-hari macam ni :) 

Ya Rabb sihatkan uwan ku selalu dan berikan dia kebahagian didunia dan diakhirat. amin

ok. got go. salam. see you soon.

imannuraima



Wednesday, January 22, 2014

soooo last year

Yes ..Yes

i admit it.

aku dah agak 'slow' tulis blog ni :p

though aku nak tulis sebenarnya :'(

macam-macam draf dah aku tulis; draf emo, draf syok sendiri, draf ilmiah, draf tak berapa ilmiah...

tapi tak jugak aku publish... (0_o)

last post was on october 2013!!

sooooo very last year...

ok. 

tak nak buat promise tapi for my own happiness :))

nak hidupkan semula 'escapism pena iman nur aima'...therapy diri (^_*)

see you soon.

bangun bangunnnn....tido jer keje dia...


imannuraima