Friday, March 21, 2014

Mengira ‘blessing’

Salam

Dulu masa kecik-kecik, time hingus-hingus lagi; time layan cerita-cerita fairytales princesses dan drama Melayu jiwang-jiwang tahap tak boleh blah…; selalu sangat berangan nak jadi dewasa dan nak ada boyfriend. Time remaja pulak selalu sangat berangan nak fall in love, romantic-romantic dan feeling touching-touching macam princess, macam Rory dalam drama bersiri Gilmore Girl. Monyet sangat okeh… :)

Tapi sebab dibesarkan oleh uwan dan atok di kampung; makanyaaa...nak bercinta ke… keluar dating semua tu.. adalah big NO bagi aku. Rasa malu pun ada jugak kalau ada kawan lelaki, jadi sampai umur 17 tahun macam tu..malu nak kawan dengan lelaki…malu sangat-sangat! Ada jugak eloknya perangai MALU tahap awan mega ni, tak adalah aku cuba berbuat sesuka hati kannnn. 

Tapi dekat sekolah tu tak adalah sampai tak bercakap langsung dengan lelaki, kawan-kawan macam tu adalah…plus masa tu ramai peminat walaupun aku tak minat…haha…like seriously! Budak perempuan selebet, kurang keyakinan dengan diri sendiri dan selalu bersendirian ni ada ramai peminat jugak. Mungkin, sebab nampak aku ni macam mysterious sangat…macam cool jer… macam aku tak kisah sangat asal aku score paper aku… depa dok minat, adore macam mana tah…waaaahhh..lawak sungguh kalau di ingat…!

Masa zaman remaja tu aku ingat, aku rasa, aku pasti sangat!! Takkan adalah orang yang akan treated aku macam scene dalam drama-drama jiwang tahap gaban tu walaupun angan tu tahap mencapai langit ke tujuh…tah-tah tak ada siapa pun yang suka aku bila besar nanti…haha..Innocent sangat minded masa tu… tak pernah terfikir bahawa ‘a girl deserves to be treated as a princess because she is someone’s special’…

Tapi sekarang bila dah dewasa…kenalah ucap Alhamdulillah sebab there is someone..mmm no, there is 2 persons who treated me like a princess; my dad and a boyfriend soon to be husband ..insyaAllah. This boyfriend seriously sabar kot dengan kerenah aku…kalau aku ngorat diri sendiri…sumpah aku tak nak!! Hahaha…sungguh banyak pe’el aku ni…tapi siapalah kita nak men’decide’ segalanya kann…caiitt hancuss bahasa..


Dan sekarang ni, scene dalam filem tu memang aku dapat rasa..terima bertimbun-timbun bunga dan hadiah…makan kat tempat cantik-cantik…hahahahuhuhuhuh (gelak sambil kesat air mata…sroootttt, hembus selsema sekali). Apepun kena ucapkan syukur dengan rasa yang dikurniakan, sebab masa hadapan tak tahu ape yang akan jadi kan… =) Moga baik-baik sahaja.

 Mehhh nak up sikit, bunga ni semua adalah hasil kerja Kak Hos dari Mentari Timor Florist, depa buat servis dekat utara, dah balik KL ni...tak ada lagi la aku terima bunga secara berkala dari Mentari Timor Florist, mamat tu kena hantar sendiri laaa... :')

Thank you for everything :') Harap sampai tua macam ni dan takkan berhenti...

kalau dah tua, tengok ini dan cuba ingat semula... (T_T)

p/s - We never get what we want. We never love what we have. But still we live, we love and hope  that someday; we get what we want or we learnt to love what we have (quote).

imannuraima

Thursday, March 13, 2014

#LITTLE PRAYER


Selain daripada kesedihan, kekecewaan diatas kehilangan MH370; aku juga sangat sedih dengan keadaan cuaca di Malaysia sekarang, Kuala Lumpur khususnya dan juga di Negeri Sembilan, kampung aku wei..

Gambar aku ambil jam 8.25 pagi tadi, 13/3/2014

Petang semalam (12 March 3013), bila aku keluar je dari pejabat jam 5.45 petang, MasyaAllah... berasap kau! Jerebu teruk sangat :'(

Minggu lepas aku demam, siap pergi buat ujian darah dekat HKL sebab demam 5 hari tak elok-elok...risau betul kalau aku demam denggi, hari-hari kena buat ujian darah? taaaakk sanggup...

Baru je demam aku nak kebah...keadaan cuaca pulak makin merudum, batuk aku makin teruk...mana-mana pergi ada jerebu...serius! aku sensitif sangat dengan udara yang tercemar...dan sekarang udara yang aku sedut bau asap :'( Ya Allah...sebak sangat aku rasa...Waktu malam pun masih terasa kehangatan...Ya Allah, turunkan lah hujan, bersihkan udara kami Ya Allah. Jauhkan kemarau ini Ya Allah..

Aku rasa macam bertimpa-timpa pulak ujian yang diturunkan buat kita kat Malaysia ni :'( Kemarau, jerebu, kebakaran hutan... Semua ni pasti memberi kesan kepada kita semua secara langsung dan tak langsung...skema plak aku...

Sepanjang Lebuhraya Nilai-Seremban


Yang ni gambar dua minggu lepas dekat kawasan lebuhraya menghala dari Nilai - Seremban, on the way balik kampung, tak pernah aku tengok kebakaran hutan sampai ke lereng-lereng tepi jalanraya :( sebak lagi bila aku fikir tentang binatang-binatang yang menetap kat kawasan tu :'(

Jadi sepanjang bulan lepas dan besar kemungkinan bulan ini juga, aku nasihatkan diri aku yang lemah ini untuk tidak berada diluar rumah/luar bangunan untuk tempoh yang lama...sesak nafas aku rasa :(

Ya Allah....sejahterakanlah kami. Temukan kami dengan MH370 dan juga turunkanlah hujan yang memberi kelapangan kepada kami.

aku rindu :(

p/s keep on praying #MH370 #prayforencikpolistrafik #prayforburuhpembinaan #prayformuridsekolah #prayforpesakitasma #prayformalaysia #sejahteramalaysia #prayforall

imannuraima