Friday, March 21, 2014

Mengira ‘blessing’

Salam

Dulu masa kecik-kecik, time hingus-hingus lagi; time layan cerita-cerita fairytales princesses dan drama Melayu jiwang-jiwang tahap tak boleh blah…; selalu sangat berangan nak jadi dewasa dan nak ada boyfriend. Time remaja pulak selalu sangat berangan nak fall in love, romantic-romantic dan feeling touching-touching macam princess, macam Rory dalam drama bersiri Gilmore Girl. Monyet sangat okeh… :)

Tapi sebab dibesarkan oleh uwan dan atok di kampung; makanyaaa...nak bercinta ke… keluar dating semua tu.. adalah big NO bagi aku. Rasa malu pun ada jugak kalau ada kawan lelaki, jadi sampai umur 17 tahun macam tu..malu nak kawan dengan lelaki…malu sangat-sangat! Ada jugak eloknya perangai MALU tahap awan mega ni, tak adalah aku cuba berbuat sesuka hati kannnn. 

Tapi dekat sekolah tu tak adalah sampai tak bercakap langsung dengan lelaki, kawan-kawan macam tu adalah…plus masa tu ramai peminat walaupun aku tak minat…haha…like seriously! Budak perempuan selebet, kurang keyakinan dengan diri sendiri dan selalu bersendirian ni ada ramai peminat jugak. Mungkin, sebab nampak aku ni macam mysterious sangat…macam cool jer… macam aku tak kisah sangat asal aku score paper aku… depa dok minat, adore macam mana tah…waaaahhh..lawak sungguh kalau di ingat…!

Masa zaman remaja tu aku ingat, aku rasa, aku pasti sangat!! Takkan adalah orang yang akan treated aku macam scene dalam drama-drama jiwang tahap gaban tu walaupun angan tu tahap mencapai langit ke tujuh…tah-tah tak ada siapa pun yang suka aku bila besar nanti…haha..Innocent sangat minded masa tu… tak pernah terfikir bahawa ‘a girl deserves to be treated as a princess because she is someone’s special’…

Tapi sekarang bila dah dewasa…kenalah ucap Alhamdulillah sebab there is someone..mmm no, there is 2 persons who treated me like a princess; my dad and a boyfriend soon to be husband ..insyaAllah. This boyfriend seriously sabar kot dengan kerenah aku…kalau aku ngorat diri sendiri…sumpah aku tak nak!! Hahaha…sungguh banyak pe’el aku ni…tapi siapalah kita nak men’decide’ segalanya kann…caiitt hancuss bahasa..


Dan sekarang ni, scene dalam filem tu memang aku dapat rasa..terima bertimbun-timbun bunga dan hadiah…makan kat tempat cantik-cantik…hahahahuhuhuhuh (gelak sambil kesat air mata…sroootttt, hembus selsema sekali). Apepun kena ucapkan syukur dengan rasa yang dikurniakan, sebab masa hadapan tak tahu ape yang akan jadi kan… =) Moga baik-baik sahaja.

 Mehhh nak up sikit, bunga ni semua adalah hasil kerja Kak Hos dari Mentari Timor Florist, depa buat servis dekat utara, dah balik KL ni...tak ada lagi la aku terima bunga secara berkala dari Mentari Timor Florist, mamat tu kena hantar sendiri laaa... :')

Thank you for everything :') Harap sampai tua macam ni dan takkan berhenti...

kalau dah tua, tengok ini dan cuba ingat semula... (T_T)

p/s - We never get what we want. We never love what we have. But still we live, we love and hope  that someday; we get what we want or we learnt to love what we have (quote).

imannuraima

6 comments:

  1. wahhh tahniah .hope berkekalan weh hihihi.Cantik gift gift tu..

    ReplyDelete
  2. mopiko tu pun termasuk dalam hantaran ke?



    ehhhh

    ReplyDelete
  3. hik3.. semoga u olz sentiasa dalam lindungan & redha Allah swt
    moga dimudahkan segala urusan korang mate..
    aminn ya Rabb...

    ReplyDelete
  4. Hehe..patut la sibuk nk putih tgn.aahahaha..

    ReplyDelete