Wednesday, April 30, 2014

mendongak langit


iman nur aima

Tapi sumpah aku tak kisah pun

Salam.

Aku memang tak berubah, tak berubah sikit pun dari suatu masa aku kecik dulu sampai sekarang. Aku ingat sungguh janji aku yang satu itu. Makanya, otak orang macam aku memang susah nak maju; tak maju langsung kot. Sebab aku tak fikir macam orang lain fikir. Otak orang macam aku ni memang susah nak survive dalam dunia yang  macam sekarang. Tapi sumpah, aku tak kisah pun.

Aku ni dah tua tapi minda aku ni macam baru nak akhil baligh, langsung tak matang. Aku tak suka secara terbuka cerita tentang hal finance, harta, kedudukan, pangkat dan lifestyle macam orang yang semuanya mampu..

Aku tak kisah - kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah… Sikit pun aku tak kecil hati, sikit pun aku tak terasa (kau boleh tanya ayah aku, betul atau tidak aku seperti itu… hahaha). Malahan, aku bangga dengan pencapaian orang lain. Aku bangga dan sungguh aku tak pernah terasa. Cuma nak bercerita tentang hal kewangan, harta, kedudukan pangkat semua tu seperti tiada perkara lain yang lebih penting, sungguh bukan my cup of tea, I’m not that easy to impress either. Oleh sebab itu lah, aku mengaku aku bukan orang yang kisah. Dan sebab itu lah, aku adalah orang yang sentiasa gembira dan content dengan apa yang aku ada.

Aku memang berkira dan aku memang ukur kain dekat badan sediri. Tak ada lah aku pergi belek-belek baju orang lain dan cube fitkan pada badan aku yang sekeping ni. Aku pakai je baju yang aku ada asalkan aku selesa. Apa yang kita usaha, itulah yang akan kita dapat. Ye aku tahu..

Sejak setahun ni, aku banyak berfikir. Ya..dah setahun rupanya aku fikir semenjak aku pulang semula ke halaman di KL ni. Aku perhati keluarga aku, aku lihat sahabat aku, aku baca alam maya yang tiada sempadan, aku bicara dengan saudara jauh dan dekat. Makin aku tua, makin aku tak mengerti, ok aku tipu…aku sendiri yang tak nak mengerti dan tak kuasa nak faham.

Sungguh, makin berusia, kita rupanya makin tiada kebebasan. Atau aku yang tak mahu nak fit in dalam dunia material macam sekarang. Semua nak compete, semua nak show off, semua nak lifestyle yang sumpah tak realistic.

Arrgghhh…benci lah! Aku nak rasa bebas tapi isu kebebasan ini sensitive, rupanya ia tergari bersama tanggungjawab. Baiklah aku mahu bebaskan diri dan bertanggungjawab…  Itu limit aku, itu sempadan aku, itu parameter yang harus aku lunaskan dan aku tak akan pernah cuba lari, dan oleh itu, aku tahu aku akan sentiasa gembira. Aku tak terkurung dan terasa bila melihat dunia orang lain. Alhamdulillah, aku masih naïf dan aku masih bebas; sesuatu yang aku lihat sudah ramai tiada.

Aku sedih bila lihat, sebelah jiwa keanakan semua orang yang aku kenal sudah hilang. Mereka semua sudah menjadi insan yang punya kerisauan dan kehendak yang selalu menafikan keperluan. Mereka selalu sangat tercari-cari dan aku merayu agar mereka berhenti sejenak. Duduk sini bersama aku mendongak ke langit tanpa perlu bicara apa pun, tanpa perlu ada kerisauan.

Tapi aku tahu, bebas itu terkurung bersama tanggungjawab. Ya minta maaf, aku tiada jawapan. Tanggungjawab itu bukan kau sorang yang galas. Aku juga.


Iman nur aima

Monday, April 28, 2014

Afiq, aiskrim & cincaluk

Salam

Sabtu lepas adik laki aku bersungguh nak buat homemade ice cream dan menunjukkan skill chef dia kepada aku dan sekeluarga. Makanya, aku pun berpergian lah ke Tesco Ampang dengan Afiq nak cari bahan buat aiskrim.

homemade choc oreo yang sedapppp afiq buat! :)

Simple je la bahan dia, tak banyak mana tapi boleh dapat satu tupperware nampak tak disitu, ape benda container pun aku panggil tupprware :P rasa aiskrim afiq ni pun not bad! Sedappp lahh jugak..ok SEDAP; fullstop =) …. Tapi mintak maap lah.. tak dapat aku nak reveal resepi sempoi adik aku ni…afiq siap warn aku - “akak jangan pergi expose resepi abang ni!! Abis lah bisness abang”..hohoho..adik aku ni belajar lagi dekat college di Melaka, dah nak grad tahun depan tapi rajin dok buat bisness dan ada persatuan berniaga dimana dia adalah presiden..OMG! tak sangka berbakat adik aku ni…ingat selebet jer.


Sedang aku cerita pasal afiq dan aiskrim ni..aku ternampak lah betol-botol cencaluk tuuu... :)

close up sikit cencalukkk tuuu..

Bercerita pasal cencaluk/cincaluk (confius aku nak sebut camne hehe). Si Afiq; adik aku ni memang ada history dengan cencaluk ni.. dekat-dekat hujung tahun lepas tragedy ini berlaku.. Kitaorang satu family pergi bercuti dekat Melaka sambil sambil tu pick up afiq dekat Melaka sebab dia pun dah nak cuti semester…

And opkos..Melaka kaya dengan belacan dan cencaluk..so beli la berbotol-botol cencaluk dan belacan buat stock…Beli sikit cencaluk yang raw tanpa cili, original dan boleh improvise ikut tekak sendiri, disamping membeli jugak cencaluk yang dah siap sedia tuk di makan…yang dah ada cili, asam bawang semuanyaaaa…  sedappp okehh…

Nak dijadikan cerita, bila sampai KL…hari kedua dah berehat-rehat dekat rumah, masak lunch sume…ofkos nak makan cencaluk fresh dari Melaka kan…so adik aku afiq ni ambiklah sebotol cencaluk yang dah siap bercili tu…bukak penutup merah dan dalam dia ada lagi satu penutup macam cap botol coke, f&n tu..jenggg..jenggggg jenggg..korang tau ape jadi lepas dia bukak cap tu?!! MELETUP kauuuu…BOMMMM!!!!… haaaaahahahah…macam bukak botol coke yang digoncang kauu..macam tu la rupenya tapi imagine keluar udang kecik2 tu…hahahahahahahahahahaha…tp bukan setakat dia melimpah-limpah berbuih macam air gas tu…udang tu siap bertepek-tepek dekat atas syiling rumah, bersememeh dekat badan muka afiq…hohohohoh…melopong jugak laa kita org tengok…betapa kuat tekanan nya sampaikan syiling kitorang melepet-lepet udang kecik-kecik dengan cili!!  OMG!! #Whatthefish okeh….hahahahaha

Selepas insiden tak dijangka itu berlaku…sumpahhh aku tak nak makan cencaluk lagi!!…bau dia…Yarabbi satu rumah dah bau mcm susu basi..ok, aku TIPU. Bau dia lagi teruk dari susu basi -_-! #whatthefreeze #omg #omg sangattt...Tak tau nak nangis kaaa…nak gelak kaaa…atau termenung mengenang nasib..hahahahahhaha…sebulan  kot baru bau dapur tu kembali seperti duluuu…hahahahuhhuuuu (T_T) *nangehhh selautan... :P

OK, Sumpah aku tu sekejap saja, sila rujuk gambar, botol cencaluk kembali menghiasi dapur...hahahaha **blusshhh...sebagai anak jati Negeri Sembilan dan menghormati tekak Melayu aku ni…tak da maknanyaaa sumpah aku tu..tak serik-serik…hehehe..tak lama lagi nak belajar makan budu plak..cecah dengan semua benda, kalau boleh pizza pun nak makan cicah budu..hahahah


Sekian.

imannuraima

Wednesday, April 23, 2014

wednesday complaint

Apart from exquisitely good in giving clear, simple and polite order.

A good loveable respectful leader should also be able to listen.

"tonight...lets we all dance in the rain" :p

                                                                 source: masspictures.net

imannuraima

Friday, April 11, 2014

jengkel

I insist... I insist… (desakan)
What’s the use? Kalau hantar tapi… (perli)
You tell them… (bagi arahan)

Beginilah rasanya berurusan dengan orang yang maha kaya.
Tuhan bagi aku kekuatan untuk tidak rasa jengkel memanjang.


imannuraima

Thursday, April 10, 2014

pindah

Baru ku tahu, rupa-rupanya...kerja pindah rumah ini bukan kerja senang!
Lesson learned.



iman nur aima