Monday, April 28, 2014

Afiq, aiskrim & cincaluk

Salam

Sabtu lepas adik laki aku bersungguh nak buat homemade ice cream dan menunjukkan skill chef dia kepada aku dan sekeluarga. Makanya, aku pun berpergian lah ke Tesco Ampang dengan Afiq nak cari bahan buat aiskrim.

homemade choc oreo yang sedapppp afiq buat! :)

Simple je la bahan dia, tak banyak mana tapi boleh dapat satu tupperware nampak tak disitu, ape benda container pun aku panggil tupprware :P rasa aiskrim afiq ni pun not bad! Sedappp lahh jugak..ok SEDAP; fullstop =) …. Tapi mintak maap lah.. tak dapat aku nak reveal resepi sempoi adik aku ni…afiq siap warn aku - “akak jangan pergi expose resepi abang ni!! Abis lah bisness abang”..hohoho..adik aku ni belajar lagi dekat college di Melaka, dah nak grad tahun depan tapi rajin dok buat bisness dan ada persatuan berniaga dimana dia adalah presiden..OMG! tak sangka berbakat adik aku ni…ingat selebet jer.


Sedang aku cerita pasal afiq dan aiskrim ni..aku ternampak lah betol-botol cencaluk tuuu... :)

close up sikit cencalukkk tuuu..

Bercerita pasal cencaluk/cincaluk (confius aku nak sebut camne hehe). Si Afiq; adik aku ni memang ada history dengan cencaluk ni.. dekat-dekat hujung tahun lepas tragedy ini berlaku.. Kitaorang satu family pergi bercuti dekat Melaka sambil sambil tu pick up afiq dekat Melaka sebab dia pun dah nak cuti semester…

And opkos..Melaka kaya dengan belacan dan cencaluk..so beli la berbotol-botol cencaluk dan belacan buat stock…Beli sikit cencaluk yang raw tanpa cili, original dan boleh improvise ikut tekak sendiri, disamping membeli jugak cencaluk yang dah siap sedia tuk di makan…yang dah ada cili, asam bawang semuanyaaaa…  sedappp okehh…

Nak dijadikan cerita, bila sampai KL…hari kedua dah berehat-rehat dekat rumah, masak lunch sume…ofkos nak makan cencaluk fresh dari Melaka kan…so adik aku afiq ni ambiklah sebotol cencaluk yang dah siap bercili tu…bukak penutup merah dan dalam dia ada lagi satu penutup macam cap botol coke, f&n tu..jenggg..jenggggg jenggg..korang tau ape jadi lepas dia bukak cap tu?!! MELETUP kauuuu…BOMMMM!!!!… haaaaahahahah…macam bukak botol coke yang digoncang kauu..macam tu la rupenya tapi imagine keluar udang kecik2 tu…hahahahahahahahahahaha…tp bukan setakat dia melimpah-limpah berbuih macam air gas tu…udang tu siap bertepek-tepek dekat atas syiling rumah, bersememeh dekat badan muka afiq…hohohohoh…melopong jugak laa kita org tengok…betapa kuat tekanan nya sampaikan syiling kitorang melepet-lepet udang kecik-kecik dengan cili!!  OMG!! #Whatthefish okeh….hahahahaha

Selepas insiden tak dijangka itu berlaku…sumpahhh aku tak nak makan cencaluk lagi!!…bau dia…Yarabbi satu rumah dah bau mcm susu basi..ok, aku TIPU. Bau dia lagi teruk dari susu basi -_-! #whatthefreeze #omg #omg sangattt...Tak tau nak nangis kaaa…nak gelak kaaa…atau termenung mengenang nasib..hahahahahhaha…sebulan  kot baru bau dapur tu kembali seperti duluuu…hahahahuhhuuuu (T_T) *nangehhh selautan... :P

OK, Sumpah aku tu sekejap saja, sila rujuk gambar, botol cencaluk kembali menghiasi dapur...hahahaha **blusshhh...sebagai anak jati Negeri Sembilan dan menghormati tekak Melayu aku ni…tak da maknanyaaa sumpah aku tu..tak serik-serik…hehehe..tak lama lagi nak belajar makan budu plak..cecah dengan semua benda, kalau boleh pizza pun nak makan cicah budu..hahahah


Sekian.

imannuraima

5 comments:

  1. Aku tak pernah makan cencaluk. Agagagaga. Aku tak suka dia. Hurm hurm hurm

    ReplyDelete
  2. fuhh...untung laa ada adik lelaki yang ada bakat macam nie..bakat yang rare nie..hehehe

    p/s: follow sini

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Iman..finger cross tu kita as muslim boleh guna ke..sbb aku pun pernah kena tegur dulu..aku pun xtau..bila ragu dtg terus aku xgunakan..

    ReplyDelete
  4. Iman..finger cross tu kita boleh guna ke as muslim..aku pernah kena tegur gak dulu..aku pun xtau..terus padam bila aku mula ragu..tlg aku iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoihh...ko pun dah timbulkan keraguan pada aku...selama ni, aku anggap ia sebagai gesture kita katakan sesuatu tp sebenarnya kita percayakan sesuatu yang lain...

      ok...tq, i'll do some research.

      Delete