Wednesday, April 30, 2014

Tapi sumpah aku tak kisah pun

Salam.

Aku memang tak berubah, tak berubah sikit pun dari suatu masa aku kecik dulu sampai sekarang. Aku ingat sungguh janji aku yang satu itu. Makanya, otak orang macam aku memang susah nak maju; tak maju langsung kot. Sebab aku tak fikir macam orang lain fikir. Otak orang macam aku ni memang susah nak survive dalam dunia yang  macam sekarang. Tapi sumpah, aku tak kisah pun.

Aku ni dah tua tapi minda aku ni macam baru nak akhil baligh, langsung tak matang. Aku tak suka secara terbuka cerita tentang hal finance, harta, kedudukan, pangkat dan lifestyle macam orang yang semuanya mampu..

Aku tak kisah - kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah… Sikit pun aku tak kecil hati, sikit pun aku tak terasa (kau boleh tanya ayah aku, betul atau tidak aku seperti itu… hahaha). Malahan, aku bangga dengan pencapaian orang lain. Aku bangga dan sungguh aku tak pernah terasa. Cuma nak bercerita tentang hal kewangan, harta, kedudukan pangkat semua tu seperti tiada perkara lain yang lebih penting, sungguh bukan my cup of tea, I’m not that easy to impress either. Oleh sebab itu lah, aku mengaku aku bukan orang yang kisah. Dan sebab itu lah, aku adalah orang yang sentiasa gembira dan content dengan apa yang aku ada.

Aku memang berkira dan aku memang ukur kain dekat badan sediri. Tak ada lah aku pergi belek-belek baju orang lain dan cube fitkan pada badan aku yang sekeping ni. Aku pakai je baju yang aku ada asalkan aku selesa. Apa yang kita usaha, itulah yang akan kita dapat. Ye aku tahu..

Sejak setahun ni, aku banyak berfikir. Ya..dah setahun rupanya aku fikir semenjak aku pulang semula ke halaman di KL ni. Aku perhati keluarga aku, aku lihat sahabat aku, aku baca alam maya yang tiada sempadan, aku bicara dengan saudara jauh dan dekat. Makin aku tua, makin aku tak mengerti, ok aku tipu…aku sendiri yang tak nak mengerti dan tak kuasa nak faham.

Sungguh, makin berusia, kita rupanya makin tiada kebebasan. Atau aku yang tak mahu nak fit in dalam dunia material macam sekarang. Semua nak compete, semua nak show off, semua nak lifestyle yang sumpah tak realistic.

Arrgghhh…benci lah! Aku nak rasa bebas tapi isu kebebasan ini sensitive, rupanya ia tergari bersama tanggungjawab. Baiklah aku mahu bebaskan diri dan bertanggungjawab…  Itu limit aku, itu sempadan aku, itu parameter yang harus aku lunaskan dan aku tak akan pernah cuba lari, dan oleh itu, aku tahu aku akan sentiasa gembira. Aku tak terkurung dan terasa bila melihat dunia orang lain. Alhamdulillah, aku masih naïf dan aku masih bebas; sesuatu yang aku lihat sudah ramai tiada.

Aku sedih bila lihat, sebelah jiwa keanakan semua orang yang aku kenal sudah hilang. Mereka semua sudah menjadi insan yang punya kerisauan dan kehendak yang selalu menafikan keperluan. Mereka selalu sangat tercari-cari dan aku merayu agar mereka berhenti sejenak. Duduk sini bersama aku mendongak ke langit tanpa perlu bicara apa pun, tanpa perlu ada kerisauan.

Tapi aku tahu, bebas itu terkurung bersama tanggungjawab. Ya minta maaf, aku tiada jawapan. Tanggungjawab itu bukan kau sorang yang galas. Aku juga.


Iman nur aima

4 comments:

  1. Semua ada tanggujawab masing2. Hurmm kita sama. Cuba cari ruang utuk menyelesakan diri ke dalam dunia yg bikin aku tertekan. Keh keh keh.

    Stay strong girl!

    ReplyDelete
  2. Ini pemikiran orang yang sensitif dan suka merajuk...

    Orang lain juga begitu wahai cik iman...

    Tapi mereka manusia..masing masing ada pilihan...

    Kita menilai manusia lain..tapi manusia lain juga menilai kita..=)

    I**z..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr anon, aku tak merajuk..sebab aku bukan nya mahu dipujuk.

      Aku marah, aku geram sebab aku demand untuk difahami.

      Sekian.

      Delete
  3. Dulu aku pakai saiz xxxl..sekarang aku l..masa aku xxxl aku xpernah pakai saiz lagi kecil dari saiz aku dulu..tapi skrng ni aku still pakai saiz xxxl aku.just utk igtkan..sejauh mana pencapaian aku..

    ReplyDelete