Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Friday, May 24, 2013

150 juta kali yang infiniti


Balik jogging dari Taman Tasik Ampang Hilir, idea aku mencurah-curah pulak nak menulis heeee...  Rumah-rumah area situ cantik-cantik kot! *Jaw drop* Serius punya cantik! Tapi kalau ada orang offer...tak pe lah, no thank you... kehkeh *macam lah ada orang nak offer* hehe. Sebab aku nak rumah yang simple-simple jer... otak aku ni sangat lah realistic. Tak minta lah yang besar-besar, mewah-mewah mahupun yang tak tercapai dek akal...

Ape yang aku nak ek??? Hmm... aku naaakkk...*pintal-pintal janggut sambil berfikir*

Owh.. aku nak bila bangun pagi, aku tengok muka dia. Kitaorang akan breakfast makan buah-buahan dan sayuran dan tak lupa juga susu segar *jaga kesihatan kannn*. Rumah kecil berwarna putih  dan di tepi nya mengalir sungai berwarna biru, hijau dan turquoise. Dalam sungai tu ada kura-kura, ikan kap, ikan emas saiz gergasi dan juge nemo! Ikan kaloi pun aderrrr....

Sudah breakfast husband aku pun beransur untuk ke tempat kerja, husband aku tak perlu pergi kerja jauh-jauh sangat > kalau rindu, senang nak balik rumah kehkeh... Kerja dekat-dekat jer, traffic jam kalau jauh, mesti dia stress nak sampai tempat kerja. Dia pergi kerja naik helicopter, asap heli tu berwarna ungu, pink, baby blue, jingga dan berperisa strawberry *heli mesra alam*. Bunyi heli tu gua kata sama lu orang sebijik macam suara Taylor Swift! *ngahahaha*. Tempat kerja husband aku di tingkat 1059 di Burj Khalifa, Dubai, kalau korang nak jumpa dia. Kena buat appointment dulu dengan Mr.Gandalf yerr di tingkat 1001.

Apabila aku siap mengemaskan dapur selepas breakfast dan sudah terdengar bunyi heli suara Taylor Swift tu sayup-sayup *lagu love story okeh*, aku menapak lah kebelakang rumah. MasyaAllah, terbentang luas ladang yang aku usahakan selama ini...ada tak aku cakap aku kerja ape? Ni aku nak cakap ni *big grin*... kerja aku adalah sebagai petani. Kat ladang tu ada kucing telinga cotton folds, ada Richard Parker, kuda belang, elephant, Peter Pan, Tinkerbell dan juga teddy bear. Setiap batas ladang tu ditanam dengan tanaman yang berbeza seperti lollipop, pokok durian, sugar cloud, bayam dan pelbagai jenis bungaan warna pelangi. Aku suka sangat duduk di beranda rumah mengadap ladang itu sambil minum earl grey dan kunyah cekodok pisang menunggu husband pulang penuh sabar...owh...aku dah terdengar dah lagu Taylor Swift’ love story...siap-siap nak salam tangan husband...

dreamland

Adeeeiii..merapu-rapu tahap kritikal lah aku ni...panas ni... demam kot...bye lah korang...

p/s – bahagia itu cuma kita yang rasa, bukan 150 juta kali tapi infiniti =)

iman nur aima

Monday, August 27, 2012

dandelion


“Hoit budak...kau dah jumpa dia?” Abang Man berlari-lari anak mengikuti langkah laju aku.

“Siapa?” balas ku ringkas.

“Fakhrul”

“Aku tak nak jumpa lah, geli dowh! Aku tak boleh...”

“Mamat macam tu pun kau tak nak, habis ko nak tunggu siapa!? “

“Badan ketak-ketak macam tu...isk, aku geli bro! Aku nak yang busuk-busuk je...”

“Busuk macam mana yang kau nak? Tak faham aku! Busuk betul aku bagi nanti, kau lari pulak! Dah semua kau tolak ni, anak Datuk Bahaman pun kau tak mahu. Janganlah buat abang rasa bersalah dengan arwah mak ayah kau Aisyah”.

Aku hanya mampu tersengih. Aku tahu abang Man sayangkan aku sebab tu dia sentiasa gesa aku supaya aku cepat kahwin dan tak putus-putus menyenaraikan calon-calon yang sesuai untuk aku pilih sebagai suami. “Sabarlah Abang Man, akan tiba waktunya...”

***

Aishah berhenti menghela nafas yang tersekat-sekat di bawah pohon ketapang yang tersusun sepanjang denai. Letih berlari, Aisyah duduk meluruskan kaki untuk melegakan lelah. MP3 yang terpasang ditutup. Aisyah menutup mata, membiarkan alam berbicara dengannya. Sunyi, redup dan damai.

Bunyi mesin rumput membingit menyedarkan Aisyah dari tafakurnya. Matanya dibuka pantas dan luas. Geram pun ada kerana merasa diganggu.

“Abang, tu ada rumput abang tak potong lagi tu? Kat situ, kat situ dan dekat situ...” jerit Aisyah pada pemuda yang menutup keseluruhan tubuhnya kecuali dua anak mata yang khusyuk memotong rumput.

Lelaki itu cuma menoleh ke arah Aisyah tanpa berhenti melakukan tugasnya. Hati Aisyah tak sedap – “Ish... yang aku gatal nak tegur dia buat kerja kenapa?” Namun, Aisyah masih tak puas. Kemas kerja lelaki tu memotong rumput tapi masih ada yang tertinggal.

“Abang, kenapa tak potong sekali pokok rumput tu. Kan ke lebih kemas lagi...dah cantik dah abang potong ni tapi kat situ, situ dan situ... kenapa tak potong sekali?” Ligat tangan Aisyah menunjukkan rumput yang tidak dipotong.

“Itu pokok dandelion, biar kan saja” balas pemuda pemotong rumput itu, garau dan bersahaja tanpa menoleh ke arah Aisyah.

“Owh tak pekak dan tak bisu rupanya mamat ni” getus hati Aisyah. “Pokok dandelion? Aku tengok macam rumput jer...” bisik Aisyah, direnungnya pemuda pemotong rumput itu.

Aisyah tekad mendiamkan diri, walau jauh dalam sudut hatinya, dia masih belum puas hati kerana matanya masih melihat ada semak yang tidak dibersihkan. Aisyah sedar akan sindrom ‘obsessive compulsive disorder’ yang dialaminya, oleh itu dia masih dapat mengawal diri dari bangun dan mencabut pokok-pokok rumput dandelion yang dipanggil oleh pemuda pemotong rumput itu. “Dandelion, cantikkah engkau?”

***

NOTA

Buat Abang Pemotong Rumput,

Abang pemotong rumput - aku sukakan kau. Kali pertama aku jumpa kau semasa kau memotong rumput 5 bulan lalu, kau enggan memotong pokok-pokok rumput yang kau panggil dandelion. Dari saat itu,setiap satu hari dalam seminggu aku akan perhatikan kau memotong rumput. Gila kan aku? Apa kau tak pernah perasan akan kehadiran aku?

Aku sukakan bau-bau rumput segar yang telah kau potong. Aku suka lihat paten-paten rumput yang kau potong. Walau aku cuma dapat lihat mata kau. Aku tetap sukakan kau. Aku suka lihat pokok-pokok dandelion yang kau tinggalkan, dan setiap hari aku akan lihat benih-benih dandelion yang beterbangan.

Abang Pemotong Rumput,

Saat kau baca nota ini, aku rasa aku sudah tiada. Tak apalah, walau aku tiada tapi aku nak tinggalkan kau dengan satu pengertian - aku sukakan kau (aku sedang senyum saat aku tulis nota ini tahu). Aku sukakan kau, walaupun aku tak kenal siapa kau, nama kau hatta wajah kau juga aku tidak dapat membayangkan.

Terima kasih kerana mengisi masa dan hari-hari akhirku. Kalau aku punya masa yang lebih panjang. Pasti aku akan bertanyakan nama kau. Tidaklah aku panggil kau sebagai abang pemotong rumput sahaja.


Baru aku mengerti, pokok dandelion itu, cantik rupanya.
Aisyah namaku. Arwah lebih tepat. Wassalam.



p/s kisah apelah yang aku karang ni, tak berkesinambungan...aarghh....post ajelah....

iman nur aima

Saturday, July 7, 2012

Salleh Anfal & Nur Aisyah

"Salleh Anfal bin Abdul Muslim, aku cintakan kau..." tegas dalam lembut Aisyah bersuara.

"Ye..aku tahu, aku juga cintakan kau...tapi aku kena pergi. Aku jumpa kau 12 bulan 10 hari dari sekarang, jaga dirimu baik-baik Aisyah. Assalammualaikum". Dan dengan akhirnya ayat itu, Salleh meninggalkan Aisyah terpinga sendirian.

***
Setahun 10 hari! Setahun sudah dia pergi. Kegilaan apakah ini Salleh Anfal? Ye, aku cuba lupakan kau, tak banyak kenangan pun yang kau tinggalkan, tak banyak patah kata, tak banyak bual bicara, tak banyak yang perlu aku ingat. Sikit sangat tentang kau yang aku tahu. Malah raut wajah kau juga, aku lupa. Aku sedikit pun tak pernah benar-benar merenung wajah kau. Aku tak ingat langsung rupa alis mata kau. 

Tapi aku tahu. Aku cintakan kau. Saat pertama kali kau marahi aku, aku telah jatuh cinta dengan kau. Itulah kali pertama dan terakhir kau benar-benar marahkan aku. Mungkin aku yang gila! Ada apa dengan kau Salleh Anfal? Sewenang-wenangnya kau marahi aku. Dan itu buat aku jatuh cinta dengan kau, dan kau pun tahu. Aku tak pernah simpan rasa itu. Dan kali terakhir kita berjumpa, kau katakan kau juga cintakan aku lalu kau menghilang. Kegilaan apakah ini?

***

"Nur Aisyah binti Muhammad Imran, aku kembali menuntut kau dari orang tuamu" bergetar patah kata yang keluar dari mulut Salleh Anfal. Aisyah terpana.


iman nur aima