Wednesday, January 29, 2014

pesanan ikhlas dari customer service CIMB Bank Berhad - CIMB out of service okeh 31 Jan - 3 Feb 2014

salam.

meh sini..nak habaq sikit. sari berita penting ni...

CIMB bank...kenal tak? bank yang HQ dia dekat Jalan Duta, sebelah sogo dan ada sotong gergasi atas atap HQ dia tu...haaa bank yang itu akan tutup, akan tiada coverage, akan out of service selama lebih kurang 3 hari....ape-ape ponn tak boleeeeee.....

31 JANUARI (JUMAAT, 11.45 MALAM) - 3 FEBRUARI (ISNIN, 6.00 PAGI)

Makanya, sediakan payung sebelum hujan okeh....nanti jangan meroyan tak boleh guna service ATM, CDM, Clicks bagai...memang semua tak boleh....MEPS pun tak boleh yer...pendek kata kad atm/debit korang untuk tempoh masa tuu memang tarak guna langsung...

maklumat lanjut seperti tertera di bawah;


nampak tak caption tuuuuu....'we are upgrading'...upppgradee! depa upgrade system masa downtime tu... 'to serve you better'...jadi janganlah korang mengeluh kesah resah sebab tak dapat guna khidmat perbankan untuk tempoh masa pendek tu...

dan semasa downtime, korang tak boleh guna semuaaaaaa service seperti berikut..as mentioned previously; apa-apa ponnn takkk boleeehhhhh...


Maklumat lanjut korang boleh dapatkan dengan cara berikut tapi janganlah korang call depa meroyan sebab tak boleh guna service :)


tips yang aku boleh kasi korang adalah;

1. sediakan lah wang yang mencukupi....
2. kalau ada alternatif bank lain - simpan sikit kat bank lain tu...
3. dalam tempoh rabu-jumaat ni.- hati-hati sikit kalau guna atm, cdm tu....tak mau la ada masalah duit sangkut kaaa...undispensed ka..kad telan lahh...silap masuk no pin laaahhh....dah tentu-tentu benda tu amik masa nak rectify semula...

ok lah, actually banyak benda aku nak cerita sepanjang pengalaman aku bersama CIMB tapi panjang sangat pulak nanti, later aku sambung lah okeh. thank you for your kind attention. 
and remember your account is your responsibilities.


imannuraima


2 comments: