Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

#LITTLE PRAYER


Selain daripada kesedihan, kekecewaan diatas kehilangan MH370; aku juga sangat sedih dengan keadaan cuaca di Malaysia sekarang, Kuala Lumpur khususnya dan juga di Negeri Sembilan, kampung aku wei..

Gambar aku ambil jam 8.25 pagi tadi, 13/3/2014

Petang semalam (12 March 3013), bila aku keluar je dari pejabat jam 5.45 petang, MasyaAllah... berasap kau! Jerebu teruk sangat :'(

Minggu lepas aku demam, siap pergi buat ujian darah dekat HKL sebab demam 5 hari tak elok-elok...risau betul kalau aku demam denggi, hari-hari kena buat ujian darah? taaaakk sanggup...

Baru je demam aku nak kebah...keadaan cuaca pulak makin merudum, batuk aku makin teruk...mana-mana pergi ada jerebu...serius! aku sensitif sangat dengan udara yang tercemar...dan sekarang udara yang aku sedut bau asap :'( Ya Allah...sebak sangat aku rasa...Waktu malam pun masih terasa kehangatan...Ya Allah, turunkan lah hujan, bersihkan udara kami Ya Allah. Jauhkan kemarau ini Ya Allah..

Aku rasa macam bertimpa-timpa pulak ujian yang diturunkan buat kita kat Malaysia ni :'( Kemarau, jerebu, kebakaran hutan... Semua ni pasti memberi kesan kepada kita semua secara langsung dan tak langsung...skema plak aku...

Sepanjang Lebuhraya Nilai-Seremban


Yang ni gambar dua minggu lepas dekat kawasan lebuhraya menghala dari Nilai - Seremban, on the way balik kampung, tak pernah aku tengok kebakaran hutan sampai ke lereng-lereng tepi jalanraya :( sebak lagi bila aku fikir tentang binatang-binatang yang menetap kat kawasan tu :'(

Jadi sepanjang bulan lepas dan besar kemungkinan bulan ini juga, aku nasihatkan diri aku yang lemah ini untuk tidak berada diluar rumah/luar bangunan untuk tempoh yang lama...sesak nafas aku rasa :(

Ya Allah....sejahterakanlah kami. Temukan kami dengan MH370 dan juga turunkanlah hujan yang memberi kelapangan kepada kami.

aku rindu :(

p/s keep on praying #MH370 #prayforencikpolistrafik #prayforburuhpembinaan #prayformuridsekolah #prayforpesakitasma #prayformalaysia #sejahteramalaysia #prayforall

imannuraima


Tuesday, December 11, 2012

feeding my beautiful mind

oleh kerana alter ego aku amat dahagakan ilmu. jadi aku telah menjadi pembaca tegar beberapa blog yang aku rasakan bukan sekadar 'entertainment'. here are the list of the blogs :- 






i pledge to read the printed words! ingatan untuk diri sendiri to keep on reading (buku-buku yang bertaburan dalam bilik dan dalam kereta) till death do us apart -knowledge and life.

p/s - bacaan kita adalah pilihan kita :)

Wednesday, November 14, 2012

dimensi yang berbeza

semalam aku habiskan waktu seharian untuk beriadah. yup, at last. aku pergi hiking bersama dua orang kawan baik. dan hari ini. aku ada sedikit masa untuk 'reflect' apa yang aku hayati semalam.

perasaan yang aku rasa bila aku craving for adventure. the beginning is always a thrill. you do not know what you could expect. the joy of freedom. ketepikan insecurities. fragility. its you lurking to a different dimension -  masuk hutan. naik bukit turun bukit. meredah ke satu ruang yang berbeza sambil mengukur kekuatan fizikal yang kerdil ini. Subhanallah. Maha suci Allah. ye, aku ingat selalu sepanjang jalan itu.

dan saat aku jejak keluar semula dari dimensi tersebut. azan zuhur sedang berkumandang. Ya Allah. aku tahu. dari saat itu. aku harus memasakkan kaki aku ke dunia realiti semula. aku lari ke dimensi yang lain cuma sekejap. dan realiti ini kekal selamanya.


p/s - hiking activity: starting point dekat taman negara, penang heading to pantai kerachut (one way - 1 hour and 20 mins). its free. its save and to those yang suka aktiviti luar, this is one of the best places to see. for info yang lebih ilmiah, try skodeng Taman Negara Pulau Pinang :)

subhanallah

drag this feet to reality

teringat pada blog langit Ilahi pulak :P

terus-terusan memandang langit

iman nur aima

Tuesday, October 30, 2012

perjuangan dalam senyap

aku ada perjuangan baru dalam senyap
mendoakan kesejahteraan Palestin
kerana mampu upaya aku hanyalah berdoa dalam senyap


iman nur aima


Sunday, October 7, 2012

of darkness and light

mati lagi untuk kesekian kalinya
mati dan hidup kembali
sepuluh kali aku mati
sepuluh kali juga aku hidup kembali
aku letih
lelah teramat
aku tak mampu lagi untuk mati dan kembali
aku takut
takut-takut kalau aku mati
dan tak kembali lagi
aku tak boleh mati untuk kesekian kalinya lagi
bukan sekarang
aku harus kembali
aku mahu hidup
dan jika aku mati
aku mahu mati dijemputMu
sebagai hambaMu yang dikasihi
izinkan aku hidup semula

iman nur aima

Wednesday, August 8, 2012

The Site of Al-Quran Learning - Tardeed

Assalammualaikum W.B.T...

A friend of mine, seorang muallaf, just started learning and reading the Holy Quran this early Ramadhan (Alhamdullilah). She's smart and intelligent person, therefore, i believe she will master the reading anytime soon - InsyaAllah.

And here's another good news! Dalam pencarian dan kesungguhan dia untuk belajar membaca Al-Quran. She discovered a website called - Tardeed; the site of Quran learning by Alnoranih rule. MasyaAllah, this site is excellent! Untuk beginners, untuk anak-anak kecil even untuk yang dah pandai membaca Al-Quran pun boleh manfaatkan this site - i know i am :')

Check out this site and you will be please :) - Tardeed - it offers 16 lessons complete with verbal pronunciation.




How to benefit from the site:


Bulan Ramadhan ni, bila bosan-bosan time lunch hour boleh la stalk this site, right? :)

p/s - thanks kak sharm sebab berkongsi and at last, my doubt has been answered, thank you Allah :')