Sunday, October 7, 2012

of darkness and light

mati lagi untuk kesekian kalinya
mati dan hidup kembali
sepuluh kali aku mati
sepuluh kali juga aku hidup kembali
aku letih
lelah teramat
aku tak mampu lagi untuk mati dan kembali
aku takut
takut-takut kalau aku mati
dan tak kembali lagi
aku tak boleh mati untuk kesekian kalinya lagi
bukan sekarang
aku harus kembali
aku mahu hidup
dan jika aku mati
aku mahu mati dijemputMu
sebagai hambaMu yang dikasihi
izinkan aku hidup semula

iman nur aima

4 comments:

  1. nak mati pun perlu ada bekalan yg cukup

    ReplyDelete
  2. betul...sekrang ni mati jiwa...mahu hidup semula dengan taubat...

    ReplyDelete
  3. harusnya bila mati menunggu hidup semula itu, datangnya dengan yang lebih kuat. Bukan begitu? *senyum*

    ReplyDelete
  4. manusiakah yang matinya berkali2? :D..

    sabar.. jangan biar hati mati, bangkitlah..

    ReplyDelete