Showing posts with label Aisyah. Show all posts
Showing posts with label Aisyah. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Saving Aisyah soul


Dia yang bernama Aisyah sudah menulis di dalam diarinya 5 bulan lepas tentang rasa kehilangan jiwa itu. ‘Black Hole’ kata Aisyah. Disini Aisyah titipkan rasanya. Dan 5 bulan selepasnya, Aisyah masih merasakan ketidaksempurnaan jiwa itu.

Saat riuh rendah, Aisyah merasakan kesepian yang maha dalam. Sepi yang mencarik-carik jiwa!
Saat kesepian, Aisyah merasakan keriuhan yang membingitkan. Riuh yang buat dia tuli, pekak!
Saat cerah, umpama kegelapan yang mengerikan. Yang menelan-nelan, menghimpit setiap ruang dan jisim jasadnya!
Saat gelap, umpama cahaya yang membutakan. Kehilangan arah, mencari, merangkak dalam cahaya!
Tiada satu apa pun yang dirasakan memenuhi segenap jiwanya. Tiada!

Teman, harta, keluarga, pujian, sanjungan, kejayaan hatta cinta sesama manusia juga masih belum bisa mengubati kerapuhan jiwa yang dirasakan. Sudah matikah dia? Kemana hilang nyawanya?

***
Ada sesuatu yang sukar dijelaskan sedang mengetuk-ngetuk pintu hati Aisyah. Setiap doa, setiap juraian air mata, setiap rayuan – memohon untuk kembali. Fitrah jiwa Aisyah menagih-nagih belas dan kasih sayangNya – ingin dekat dengan Maha Penciptanya.

Sudahlah.... Meskipun ditulis berhelai-helai, sikit pun takkan hampir menzahirkan segenap rasa yang Aisyah hadapi. Namun, dia sudah ada jawapan untuk jiwanya. Aisyah sudah menemui jawapan yang dicarinya. 

Oh ye, Aisyah itu ‘alter ego’ku dan 'Sakit jiwa' itu selalu aku rasakan.

'preparing for my akhirat'

iman nur aima

Thursday, September 13, 2012

I’m kinda miss you



Yepp...it’s has been awhile... 3 months, 15 days 6 hours and 9 min and 12 sec... (kidding, i’m not that crazy to count). But to tell you the truth; I’m not sure whether I’m glad, sad or just overwhelmed with this kind of progress. It has been awhile I didn’t hear your thoughts. I didn’t hear your voice, can’t remember your face, forgotten what and how the small things can bring a smile on your face. And I definitely don’t know how and what to feel anymore.

I wish... somehow guiltily I am wishing to hear you breathe...here, right in front of my eye but naahh... This! Here at this moment... This kind of situation is just perfect! Won’t ruin it! Won’t ruin it eventhough I’m kinda miss you... I’m missing you a lot that I never thought I possibly could. By just seeing your name can give me such a pain! How bizarre is this!

But nevermind... nevermind....

With tons of love,
Aisyah


p/s - seronok layan perasaan?....teeehehehehehehe.....boundaries girl!...know your boundaries (-_-!) slap my head pretty hard! errr... (sakitlahhh)..

iman nur aima

Monday, August 27, 2012

dandelion


“Hoit budak...kau dah jumpa dia?” Abang Man berlari-lari anak mengikuti langkah laju aku.

“Siapa?” balas ku ringkas.

“Fakhrul”

“Aku tak nak jumpa lah, geli dowh! Aku tak boleh...”

“Mamat macam tu pun kau tak nak, habis ko nak tunggu siapa!? “

“Badan ketak-ketak macam tu...isk, aku geli bro! Aku nak yang busuk-busuk je...”

“Busuk macam mana yang kau nak? Tak faham aku! Busuk betul aku bagi nanti, kau lari pulak! Dah semua kau tolak ni, anak Datuk Bahaman pun kau tak mahu. Janganlah buat abang rasa bersalah dengan arwah mak ayah kau Aisyah”.

Aku hanya mampu tersengih. Aku tahu abang Man sayangkan aku sebab tu dia sentiasa gesa aku supaya aku cepat kahwin dan tak putus-putus menyenaraikan calon-calon yang sesuai untuk aku pilih sebagai suami. “Sabarlah Abang Man, akan tiba waktunya...”

***

Aishah berhenti menghela nafas yang tersekat-sekat di bawah pohon ketapang yang tersusun sepanjang denai. Letih berlari, Aisyah duduk meluruskan kaki untuk melegakan lelah. MP3 yang terpasang ditutup. Aisyah menutup mata, membiarkan alam berbicara dengannya. Sunyi, redup dan damai.

Bunyi mesin rumput membingit menyedarkan Aisyah dari tafakurnya. Matanya dibuka pantas dan luas. Geram pun ada kerana merasa diganggu.

“Abang, tu ada rumput abang tak potong lagi tu? Kat situ, kat situ dan dekat situ...” jerit Aisyah pada pemuda yang menutup keseluruhan tubuhnya kecuali dua anak mata yang khusyuk memotong rumput.

Lelaki itu cuma menoleh ke arah Aisyah tanpa berhenti melakukan tugasnya. Hati Aisyah tak sedap – “Ish... yang aku gatal nak tegur dia buat kerja kenapa?” Namun, Aisyah masih tak puas. Kemas kerja lelaki tu memotong rumput tapi masih ada yang tertinggal.

“Abang, kenapa tak potong sekali pokok rumput tu. Kan ke lebih kemas lagi...dah cantik dah abang potong ni tapi kat situ, situ dan situ... kenapa tak potong sekali?” Ligat tangan Aisyah menunjukkan rumput yang tidak dipotong.

“Itu pokok dandelion, biar kan saja” balas pemuda pemotong rumput itu, garau dan bersahaja tanpa menoleh ke arah Aisyah.

“Owh tak pekak dan tak bisu rupanya mamat ni” getus hati Aisyah. “Pokok dandelion? Aku tengok macam rumput jer...” bisik Aisyah, direnungnya pemuda pemotong rumput itu.

Aisyah tekad mendiamkan diri, walau jauh dalam sudut hatinya, dia masih belum puas hati kerana matanya masih melihat ada semak yang tidak dibersihkan. Aisyah sedar akan sindrom ‘obsessive compulsive disorder’ yang dialaminya, oleh itu dia masih dapat mengawal diri dari bangun dan mencabut pokok-pokok rumput dandelion yang dipanggil oleh pemuda pemotong rumput itu. “Dandelion, cantikkah engkau?”

***

NOTA

Buat Abang Pemotong Rumput,

Abang pemotong rumput - aku sukakan kau. Kali pertama aku jumpa kau semasa kau memotong rumput 5 bulan lalu, kau enggan memotong pokok-pokok rumput yang kau panggil dandelion. Dari saat itu,setiap satu hari dalam seminggu aku akan perhatikan kau memotong rumput. Gila kan aku? Apa kau tak pernah perasan akan kehadiran aku?

Aku sukakan bau-bau rumput segar yang telah kau potong. Aku suka lihat paten-paten rumput yang kau potong. Walau aku cuma dapat lihat mata kau. Aku tetap sukakan kau. Aku suka lihat pokok-pokok dandelion yang kau tinggalkan, dan setiap hari aku akan lihat benih-benih dandelion yang beterbangan.

Abang Pemotong Rumput,

Saat kau baca nota ini, aku rasa aku sudah tiada. Tak apalah, walau aku tiada tapi aku nak tinggalkan kau dengan satu pengertian - aku sukakan kau (aku sedang senyum saat aku tulis nota ini tahu). Aku sukakan kau, walaupun aku tak kenal siapa kau, nama kau hatta wajah kau juga aku tidak dapat membayangkan.

Terima kasih kerana mengisi masa dan hari-hari akhirku. Kalau aku punya masa yang lebih panjang. Pasti aku akan bertanyakan nama kau. Tidaklah aku panggil kau sebagai abang pemotong rumput sahaja.


Baru aku mengerti, pokok dandelion itu, cantik rupanya.
Aisyah namaku. Arwah lebih tepat. Wassalam.



p/s kisah apelah yang aku karang ni, tak berkesinambungan...aarghh....post ajelah....

iman nur aima

Saturday, July 7, 2012

Salleh Anfal & Nur Aisyah

"Salleh Anfal bin Abdul Muslim, aku cintakan kau..." tegas dalam lembut Aisyah bersuara.

"Ye..aku tahu, aku juga cintakan kau...tapi aku kena pergi. Aku jumpa kau 12 bulan 10 hari dari sekarang, jaga dirimu baik-baik Aisyah. Assalammualaikum". Dan dengan akhirnya ayat itu, Salleh meninggalkan Aisyah terpinga sendirian.

***
Setahun 10 hari! Setahun sudah dia pergi. Kegilaan apakah ini Salleh Anfal? Ye, aku cuba lupakan kau, tak banyak kenangan pun yang kau tinggalkan, tak banyak patah kata, tak banyak bual bicara, tak banyak yang perlu aku ingat. Sikit sangat tentang kau yang aku tahu. Malah raut wajah kau juga, aku lupa. Aku sedikit pun tak pernah benar-benar merenung wajah kau. Aku tak ingat langsung rupa alis mata kau. 

Tapi aku tahu. Aku cintakan kau. Saat pertama kali kau marahi aku, aku telah jatuh cinta dengan kau. Itulah kali pertama dan terakhir kau benar-benar marahkan aku. Mungkin aku yang gila! Ada apa dengan kau Salleh Anfal? Sewenang-wenangnya kau marahi aku. Dan itu buat aku jatuh cinta dengan kau, dan kau pun tahu. Aku tak pernah simpan rasa itu. Dan kali terakhir kita berjumpa, kau katakan kau juga cintakan aku lalu kau menghilang. Kegilaan apakah ini?

***

"Nur Aisyah binti Muhammad Imran, aku kembali menuntut kau dari orang tuamu" bergetar patah kata yang keluar dari mulut Salleh Anfal. Aisyah terpana.


iman nur aima

Monday, July 2, 2012

bitter realisation

Dear Diary,


i have come to a stage where i feel like a black hole. i'm empty. days just goes by and i'm becoming less productive, less significant, i'm invisible. there is no passion. nothing that drives me to my most limit. i feel rather suffocated. whatever i do are becoming much much less significant. it gives nothing back! no meaning! no soul! nothing! just plain nothingness!


i want to cried out loud out of pure joy again, not because of the misery that i felt with every nerve that i have. i want to laugh again, the honest laugh, the laugh that i can feel free to burst in that shake all my tendons and bones. i'm sick of being uptight. i'm sick of holding it back!


i'm too tired. i need to get out! to feel that i'm alive again. not like some kind of living figure without a soul. when was all this happened to me? when? why? i don't feel like myself anymore. i'm someone else. someone who is bitter inside. 


owh..i'm good in acting. yes! i know, i'm good. i'm all in the good mood when i'm around people. but this is me...i'm fighting against myself. every single day i'm fighting it - the bitter me. i wish i could figure out what i've been missing. i wish i could run! and hide! to somewhere i can figure out what is wrong with me. i want to get closer to Him. i miss Him. i miss Him....yes, i miss Him.


With Love,
Aisyah



Saturday, April 14, 2012

Aisyah

Aisyah bingkas bangun. Damm! Lambat lagi. Terkocoh-kocoh Aisyah menyiapkan diri. "Sampai bila la muka kelat ni akan berterusan... aku tahu!... put my best make up - fake smile!". Hari ini akan bermula lagi.

Setiap hari Aisyah akan pikul tanggungjawab, tengok orang, tengok makanan, tengok daun gugur, tengok lopak air, tengok awan leret - sekejap mendung, sekejap terik... Ada ketika merenung rintik-rintik hujan satu persatu. Ada masa kaki akan berjalan pantas, ada masa kaki di seret berat. Kalau berlari jantung berdegup pantas, bila berhenti, Aisyah akan tersenyum, nadi yang terasa berdenyut-denyut - "aku masih punya nyawa".

Sejadah di hampar setelah letih berperang. Lelah sungguh lalu ketika inilah berjuraian titis-titis jernih. Segala keluh kesah terbias. Sungguh dan sesungguhnya - lelah ini masih terasa. Tiap segala sesuatu menjadi kosong. Tiap masa menjadi lohong yang tidak terisi. Dalam banyak, dalam terang, dalam ramai - Aisyah hilang.


iman nur aima