Friday, October 18, 2013

Unlimited Freedom

I'm Thinking

about

Financial Freedom.

Any ideas?

Any definition?

Anything?


iman nur aima

Sunday, September 15, 2013

how much is too much

"nanti awak bosan dengan saya.....when you had enough of me, you'll get bored, you'll get annoyed, i'll suffocate you, you will not like me the way you used to like me"

"shhhh...how much is too much if its you"


iman nur aima

Thursday, August 29, 2013

sept


September is looming in the horizon

iman nur aima

Sunday, August 11, 2013

baik sahaja


katakan yang aku akan baik-baik saja
katakan semuanya akan baik-baik saja

percaya semuanya baik sahaja
tak sempurna tapi sempurna itu cuma aku yang rasa

iman nur aima


Monday, July 8, 2013

to all bloggers



p/s - tak pandai la nak tag korang :) ...mentioned randomly yang saya ingat yer- themalaymale, deezee, reenapple, all sigaret perisa kaffein writers, all the secret seven writers, thelagidanlagi, bro elmariachi, iffiey, ladybird...etc etc...all otai-otai bloggers too, i do read your blog... :))

iman nur aima

Tuesday, June 25, 2013

you




you are so kind
and i love you.




iman nur aima

Tuesday, June 4, 2013

connect


mom, younger sis, little bro and little sis balik rumah mengadap smartphone and tablet. i'm soooo out of place...bila nya kita nak bercakap ni...

p/s mentang-mentang la aku tak dak smartphone. 


iman nur aima

Friday, May 24, 2013

150 juta kali yang infiniti


Balik jogging dari Taman Tasik Ampang Hilir, idea aku mencurah-curah pulak nak menulis heeee...  Rumah-rumah area situ cantik-cantik kot! *Jaw drop* Serius punya cantik! Tapi kalau ada orang offer...tak pe lah, no thank you... kehkeh *macam lah ada orang nak offer* hehe. Sebab aku nak rumah yang simple-simple jer... otak aku ni sangat lah realistic. Tak minta lah yang besar-besar, mewah-mewah mahupun yang tak tercapai dek akal...

Ape yang aku nak ek??? Hmm... aku naaakkk...*pintal-pintal janggut sambil berfikir*

Owh.. aku nak bila bangun pagi, aku tengok muka dia. Kitaorang akan breakfast makan buah-buahan dan sayuran dan tak lupa juga susu segar *jaga kesihatan kannn*. Rumah kecil berwarna putih  dan di tepi nya mengalir sungai berwarna biru, hijau dan turquoise. Dalam sungai tu ada kura-kura, ikan kap, ikan emas saiz gergasi dan juge nemo! Ikan kaloi pun aderrrr....

Sudah breakfast husband aku pun beransur untuk ke tempat kerja, husband aku tak perlu pergi kerja jauh-jauh sangat > kalau rindu, senang nak balik rumah kehkeh... Kerja dekat-dekat jer, traffic jam kalau jauh, mesti dia stress nak sampai tempat kerja. Dia pergi kerja naik helicopter, asap heli tu berwarna ungu, pink, baby blue, jingga dan berperisa strawberry *heli mesra alam*. Bunyi heli tu gua kata sama lu orang sebijik macam suara Taylor Swift! *ngahahaha*. Tempat kerja husband aku di tingkat 1059 di Burj Khalifa, Dubai, kalau korang nak jumpa dia. Kena buat appointment dulu dengan Mr.Gandalf yerr di tingkat 1001.

Apabila aku siap mengemaskan dapur selepas breakfast dan sudah terdengar bunyi heli suara Taylor Swift tu sayup-sayup *lagu love story okeh*, aku menapak lah kebelakang rumah. MasyaAllah, terbentang luas ladang yang aku usahakan selama ini...ada tak aku cakap aku kerja ape? Ni aku nak cakap ni *big grin*... kerja aku adalah sebagai petani. Kat ladang tu ada kucing telinga cotton folds, ada Richard Parker, kuda belang, elephant, Peter Pan, Tinkerbell dan juga teddy bear. Setiap batas ladang tu ditanam dengan tanaman yang berbeza seperti lollipop, pokok durian, sugar cloud, bayam dan pelbagai jenis bungaan warna pelangi. Aku suka sangat duduk di beranda rumah mengadap ladang itu sambil minum earl grey dan kunyah cekodok pisang menunggu husband pulang penuh sabar...owh...aku dah terdengar dah lagu Taylor Swift’ love story...siap-siap nak salam tangan husband...

dreamland

Adeeeiii..merapu-rapu tahap kritikal lah aku ni...panas ni... demam kot...bye lah korang...

p/s – bahagia itu cuma kita yang rasa, bukan 150 juta kali tapi infiniti =)

iman nur aima

Tuesday, May 7, 2013

my personal fact

Mana nak mula ni? Try ingat balik...

 Owh yer, bermula tahun 2004. Yup! 9 tahun lepas, aku punggah segala barang aku selepas tamat STPM dan mendaftar di USM Penang bagi memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswi (Skema nya ayat dan tolong jangan cuba-cuba mengira umur aku ok :P Nanti terkena ke-tulahan suku Seri Melenggang Negeri Sembilan! Waghiihhh okeh...Most wanted yaww...) Dah dapat scroll tahun 2007, aku kerja di Penang juga.

Sedari itu, menetap lah aku di Pulau Mutiara di utara tanah air. 9 tahun okeh! Kalau aku 'exaggerate' sikit, kalau aku kahwin lah kan? Kalau setiap tahun beranak kan? Data akan menunjukkan aku ada 8 orang anak dan seorang still dalam kandungan... Kalau lah kan... Nasib baik tak... (Fuhhhh). Point aku di sini ialah, lama tu!!! Lama wehh!! Aku menghirup udara Penang, makan Penang, minum Penang, jalan Penang, cakap Penang (yang ini aku tipu...tak pandai pun... biaq pun aku teraiii cakap penang sampai semboq2 ayaq lioq, aku tetap fail).

Setelah begitu lama aku berkelana, akhirnya pertengahan April 2013 yang lepas, aku memindahkan diri aku ke rumah ibundaku di Kuala Lumpur. Yup! KL for good! Ada positive and negative effect sebenarnya di atas tindakan aku ni....

goodbye penang! hukhukhuk...

aku start dengan negative dulu,

1. I'm jobless. Point jobless ni tak lah menyedihkan sangat tapi, aku tinggalkan kerja yang aku suka! Boss yang aku sayang! Environment yang conducive sangat!  *cry seven rivers* mana aku nak cari boss sebijik macam mantan boss aku tu? 
Bayangkan okeh...bila boss aku atau aku having a meltdown... boss aku jerit kat aku, aku diam. lepas tu, aku jerit kan boss aku, boss aku diam. Di ikuti 3 hari tak bercakap perang dingin. Hari ke-4, dua-dua makan biskut kering cicah ayaq teh sambil gelakkan diri masing-masing (i'm going to miss this moment damm much!)

rugi aku tak ambil banyak-banyak gambar meja antik ni, ni lah dia bekas sarang aku di USM :')

2. Aku tinggalkan buddies aku! *cry seven oceans*. Maunya tak sedih kalau hari-hari dah ngadap muka depa, tapi la ni depa dah tak ada depan mata cuma ada dalam facebook ja... Ini sangat lain! Most akan cakap, teknologi dah maju beb....perhubungan hanya dihujung jari! tak sama wehh...tak sama! 

i believe...

3. KL!!? yes KL! owh no...i'm back in KL...KL beb? KL? KL? anyonyonyo...KL?! it's KL. *facepalm*


tapi ada juga point positive yang buat aku cukup kuat untuk keluar dari comfort zone aku...

1. My love ones lebih dekat, tak lah jauh beratus-ratus batu. My dad, my mum, my sis, my bro, my cat, my makcik, my pakcik, my cousins and of course my bf lebih dekat *big grin*. 
Maka, tak adalah lagi ugutan dari ayah aku yang berbunyi "kalau lah ayah mati tecokik tongkol jagong, sompek jugak lah ko balik jongok ayah....ni ko jauh kek sanun nu haa...camano ko nak balik, tak sompek doh" (terjemahan diberi jika ada permintaan). 

Kesayangan - @abuya @bubu @buya - nama yang tak glamer langsung! nak tukar @richard parker tapi bubu tak bagi response langsung bila dipanggil :p

2. yang kedua ini bukan point yang solid tapi intangible point, iaitu - Hijrah. Bak kata seorang ustazah, merangkap mantan housemate aku - hijrah itu dituntut. Maka itu, aku kuatkan juga diri melakukan penghijrahan, bukan semalam aku berfikir nak berhijrah. Dah bertahun aku berkira-kira dan perlahan-lahan melakukan 'penghijrahan' and so, i am convinced, i'm ready for it :))


okeh. penat dah cerita panjang ni, sambung lain kali lah. salam guys.

p/s those fears will makes me grow stronger than ever :')

iman nur aima


Wednesday, April 10, 2013

but he said

There's so many things happening right now, and i feel a little agitated, troubled, nervous, uptight, excited etc...but he said,


and i...let myself breath slowly...

p/s - i need to write these things called 'feeling'...*later..*later

iman nur aima

Wednesday, March 20, 2013

15 mins stare


15 minit aku dok 'stare' benda alah ni sebab:

satu, hari ini bermula dengan sedih dan kelaparan!

dua, aku suka chocolate, cake dan seumpama denganya...

tiga, "its patrick! and what you're doing in that cake dude!!" *make my day*

iman nur aima

Thursday, March 7, 2013

cantik

aku mimpi tentang sepasang suami isteri malam tadi (tak dak benda lain nk mimpi dah?). 

yang si suami tu cakap....

"dia semakin cantik, lebih cantik dari waktu mula-mula saya jumpa dia. dulu pun dia cantik, sekarang pun dia cantik... malah, bertambah-tambah cantik setiap hari! dia sungguh-sungguh cantik... 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun... dia isteri yang cantik"

berapa banyak cantik laaaaaaa.... anyway, the wife dok genang-genang ayaq mata... so aku tak boleh lah nak gelak banyak sangat... aku ikut genang ayaq mata sekali *big grin*

iman nur aima

Wednesday, March 6, 2013

the butterfly effect



did you know that the life span of an average butterfly is only about a month? 
so please
set her free, let her be. she wants to die her own way.


p/s - In chaos theory, the butterfly effect is the sensitive dependence on initial conditions, where a small change at one place in a deterministic nonlinear system can result in large differences to a later state. The name of the effect, coined by Edward Lorenz, is derived from the theoretical example of a hurricane's formation being contingent on whether or not a distant butterfly had flapped its wings several weeks before (Source: Wikipedia).

iman nur aima

Sunday, February 3, 2013

doa

Semalam tatkala dalam solat aku teringat rakan-rakan aku yang pregnant
Ya Allah...aku doa mereka sentiasa sihat, dipermudahkan segala-galanya, dikurniakan anak soleh/solehah
Aku doakan untuk Fasha Sandha sekali weeii... aku ingat juga dia dalam doa... like seriously aku doakan kemudahan untuk dia juga sebab suka dia dalam drama chinta :)

Mana tau, satu hari nanti, bila mana aku pulak pregnant (insyaAllah), jalan kedek-kedek bawa bakul sayur, ada insan lain juga doakan kan aku...ye dok? *sengeh stail kerang* 


p/s Puan LadyBird mum to be, moga senantiasa berada dalam lindunganNya, amin yarabbal alamin :)

iman nur aima

Tuesday, January 8, 2013

The Nicest Thing



too many wishes isn't good for your heart.... sigh....


The Nicest Thing, Kate Nash


All I know is that you're so nice
You're the nicest thing I've seen
I wish that we could give it a go
See if we could be something

I wish I was your favourite girl
I wish you thought I was the reason you are in the world
I wish my smile was your favourite kind of smile
I wish the way that I dressed was your favourite kind of style

I wish you couldn't figure me out
But you'd always wanna know what I was about
I wish you'd hold my hand
When I was upset
I wish you'd never forget
The look on my face when we first met

I wish you had a favourite beauty spot
That you loved secretly
'Cause it was on a hidden bit
That nobody else could see
Basically, I wish that you loved me
I wish that you needed me
I wish that you knew when I said two sugars,
Actually I meant three

I wish that without me your heart would break
I wish that without me you'd be spending the rest of your nights awake
I wish that without me you couldn't eat
I wish I was the last thing on your mind before you went to sleep

Look, all I know is that you're the nicest thing I've ever seen
And I wish that we could see if we could be something
Yeah I wish that we could see if we could be something




pena iman nur aima

Sunday, January 6, 2013

hantuk kepala


Kalau beginilah jalan yang kau pilih. Sila hantuk kepala kau ke dinding sehingga dunia jadi kelam!

Sampai bila kau nak melayan bayangan dan ilusi-ilusi yang kau reka sendiri! Sampai bila!!
Mimpi tetap mimpi! Realiti tetap realiti.

Atau kau nak biarkan minda kau terbejat dengan pemikiran luar sedar kau! Kau nak rugi seumur hidup? Nak mati dengan perasaan dan rasa yang hanya kau dalam dunia kau sendiri yang kau anggap benar? 

Sudah..sudahlah... bawa-bawalah tersedar. Sila bangun dari tidur kerana aku takut kau mati dalam tidur sehingga kau terlepas melihat cahaya pagi yang menyinari segenap ruang dunia ini! Belum pun malam, belum pun segalanya bermula...kau dah 'mati' dulu. 

p/s - aku tak marah dengan diri aku sendiri.... percayalah... aku marahkan kucing jiran aku... *smirk*

iman nur aima

Tuesday, January 1, 2013

QnA


Q: kalau aku jumpa diri aku, adakah aku akan suka dengan diri aku?
A: tak. tak suka langsung.

-hesitate-

sekian. terima kasih.



iman nur aima