Mana nak mula ni? Try ingat balik...
Owh yer, bermula tahun 2004. Yup! 9 tahun lepas, aku punggah segala barang aku selepas tamat STPM dan mendaftar di USM Penang bagi memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswi (Skema nya ayat dan tolong jangan cuba-cuba mengira umur aku ok :P Nanti terkena ke-tulahan suku Seri Melenggang Negeri Sembilan! Waghiihhh okeh...Most wanted yaww...) Dah dapat scroll tahun 2007, aku kerja di Penang juga.
Sedari itu, menetap lah aku di Pulau Mutiara di utara tanah air. 9 tahun okeh! Kalau aku 'exaggerate' sikit, kalau aku kahwin lah kan? Kalau setiap tahun beranak kan? Data akan menunjukkan aku ada 8 orang anak dan seorang still dalam kandungan... Kalau lah kan... Nasib baik tak... (Fuhhhh). Point aku di sini ialah, lama tu!!! Lama wehh!! Aku menghirup udara Penang, makan Penang, minum Penang, jalan Penang, cakap Penang (yang ini aku tipu...tak pandai pun... biaq pun aku teraiii cakap penang sampai semboq2 ayaq lioq, aku tetap fail).
Setelah begitu lama aku berkelana, akhirnya pertengahan April 2013 yang lepas, aku memindahkan diri aku ke rumah ibundaku di Kuala Lumpur. Yup! KL for good! Ada positive and negative effect sebenarnya di atas tindakan aku ni....
![]() |
| goodbye penang! hukhukhuk... |
aku start dengan negative dulu,
1. I'm jobless. Point jobless ni tak lah menyedihkan sangat tapi, aku tinggalkan kerja yang aku suka! Boss yang aku sayang! Environment yang conducive sangat! *cry seven rivers* mana aku nak cari boss sebijik macam mantan boss aku tu?
Bayangkan okeh...bila boss aku atau aku having a meltdown... boss aku jerit kat aku, aku diam. lepas tu, aku jerit kan boss aku, boss aku diam. Di ikuti 3 hari tak bercakap perang dingin. Hari ke-4, dua-dua makan biskut kering cicah ayaq teh sambil gelakkan diri masing-masing (i'm going to miss this moment damm much!)
![]() |
| rugi aku tak ambil banyak-banyak gambar meja antik ni, ni lah dia bekas sarang aku di USM :') |
2. Aku tinggalkan buddies aku! *cry seven oceans*. Maunya tak sedih kalau hari-hari dah ngadap muka depa, tapi la ni depa dah tak ada depan mata cuma ada dalam facebook ja... Ini sangat lain! Most akan cakap, teknologi dah maju beb....perhubungan hanya dihujung jari! tak sama wehh...tak sama!
![]() |
| i believe... |
3. KL!!? yes KL! owh no...i'm back in KL...KL beb? KL? KL? anyonyonyo...KL?! it's KL. *facepalm*
tapi ada juga point positive yang buat aku cukup kuat untuk keluar dari comfort zone aku...
1. My love ones lebih dekat, tak lah jauh beratus-ratus batu. My dad, my mum, my sis, my bro, my cat, my makcik, my pakcik, my cousins and of course my bf lebih dekat *big grin*.
Maka, tak adalah lagi ugutan dari ayah aku yang berbunyi "kalau lah ayah mati tecokik tongkol jagong, sompek jugak lah ko balik jongok ayah....ni ko jauh kek sanun nu haa...camano ko nak balik, tak sompek doh" (terjemahan diberi jika ada permintaan).
![]() |
| Kesayangan - @abuya @bubu @buya - nama yang tak glamer langsung! nak tukar @richard parker tapi bubu tak bagi response langsung bila dipanggil :p |
2. yang kedua ini bukan point yang solid tapi intangible point, iaitu - Hijrah. Bak kata seorang ustazah, merangkap mantan housemate aku - hijrah itu dituntut. Maka itu, aku kuatkan juga diri melakukan penghijrahan, bukan semalam aku berfikir nak berhijrah. Dah bertahun aku berkira-kira dan perlahan-lahan melakukan 'penghijrahan' and so, i am convinced, i'm ready for it :))
okeh. penat dah cerita panjang ni, sambung lain kali lah. salam guys.
p/s those fears will makes me grow stronger than ever :')
iman nur aima






org perempuan mmg kena dekat dgn keluarga... senang nak di tengok tengok kan...huhu
ReplyDeletedengan rendah hatinya..saya setuju :)
Deletesebak..
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...hehe
DeleteSalam.
ReplyDeleteTak cukup cry seven rivers, ko tambah seven oceans lak,hahaha. Kemaheng :D
9 tahun..memang agak lama.. kira, kalau ada anak pun, dah bersekolah darjah 3.
wa'laikummussalam, hehehehe...dramatik sikit :D
DeleteStill xdapat cari punca iman tinggalkan penang..mula2 igt better job offer..
ReplyDeletesubjek matematik deezee dapat A kan? mst otak deezee jenis cari fakta je...hahahaha
Delete*kesitu pulak saya ni -_-!*
Ala..mat dpt b4. ("-.- )
Deletekira pandai la tuu..hihi
Deleteoh rupanya dok penang ka?hihi.kerja kat mana tu.Lepas ni practice cakap penang la balik kl.hihi
ReplyDeleteha'ah FH, USM tapi sekarang tinggal kenangan. Macam ayam dengan itik lah gamaknyaaa... penang vs n9 :P
ReplyDeleteSemoga selamat semuanya !
ReplyDelete-AsaSiaga-
Terima kasih!
Deleteangin baharu ye dok? hehe
ReplyDeleteMaii,hidup kena ada perubahan kan? baru thrill..heee
Deleteme cry a thousand oceans.. huhuhu..even ada tech pun xsama..u r not here in reality.. alam maya je xsama..xsama!!
ReplyDeleterindu kamuu!!
#emoterus..hahaha
:') kannnn...rindu kamu juga...
Deletealamak, dh terkira umur camne ni.hehe..
ReplyDeletexpela, back for good. insyaAllah, nanti Allah gantikan kerja n kawan yg lebih baik who knows kan? :)
adehh..adehhh...ahahaha...
Deletethanks hara, yup..insyaAllah, yakin jer :)
dah taw umur. tanx u.
ReplyDeleteadeeehh...but i dont always act my age :)
Deletebla..bla..bla.. er? 28 tahun ke? hehehe.. sibuk juga nak kira hehe...
ReplyDeletewah..meja tu ada rose merah byk.. sapa bagi? buah hati ke?
kim salam cium dgn kucing comel kesayangan tu keh...