Friday, May 24, 2013

150 juta kali yang infiniti


Balik jogging dari Taman Tasik Ampang Hilir, idea aku mencurah-curah pulak nak menulis heeee...  Rumah-rumah area situ cantik-cantik kot! *Jaw drop* Serius punya cantik! Tapi kalau ada orang offer...tak pe lah, no thank you... kehkeh *macam lah ada orang nak offer* hehe. Sebab aku nak rumah yang simple-simple jer... otak aku ni sangat lah realistic. Tak minta lah yang besar-besar, mewah-mewah mahupun yang tak tercapai dek akal...

Ape yang aku nak ek??? Hmm... aku naaakkk...*pintal-pintal janggut sambil berfikir*

Owh.. aku nak bila bangun pagi, aku tengok muka dia. Kitaorang akan breakfast makan buah-buahan dan sayuran dan tak lupa juga susu segar *jaga kesihatan kannn*. Rumah kecil berwarna putih  dan di tepi nya mengalir sungai berwarna biru, hijau dan turquoise. Dalam sungai tu ada kura-kura, ikan kap, ikan emas saiz gergasi dan juge nemo! Ikan kaloi pun aderrrr....

Sudah breakfast husband aku pun beransur untuk ke tempat kerja, husband aku tak perlu pergi kerja jauh-jauh sangat > kalau rindu, senang nak balik rumah kehkeh... Kerja dekat-dekat jer, traffic jam kalau jauh, mesti dia stress nak sampai tempat kerja. Dia pergi kerja naik helicopter, asap heli tu berwarna ungu, pink, baby blue, jingga dan berperisa strawberry *heli mesra alam*. Bunyi heli tu gua kata sama lu orang sebijik macam suara Taylor Swift! *ngahahaha*. Tempat kerja husband aku di tingkat 1059 di Burj Khalifa, Dubai, kalau korang nak jumpa dia. Kena buat appointment dulu dengan Mr.Gandalf yerr di tingkat 1001.

Apabila aku siap mengemaskan dapur selepas breakfast dan sudah terdengar bunyi heli suara Taylor Swift tu sayup-sayup *lagu love story okeh*, aku menapak lah kebelakang rumah. MasyaAllah, terbentang luas ladang yang aku usahakan selama ini...ada tak aku cakap aku kerja ape? Ni aku nak cakap ni *big grin*... kerja aku adalah sebagai petani. Kat ladang tu ada kucing telinga cotton folds, ada Richard Parker, kuda belang, elephant, Peter Pan, Tinkerbell dan juga teddy bear. Setiap batas ladang tu ditanam dengan tanaman yang berbeza seperti lollipop, pokok durian, sugar cloud, bayam dan pelbagai jenis bungaan warna pelangi. Aku suka sangat duduk di beranda rumah mengadap ladang itu sambil minum earl grey dan kunyah cekodok pisang menunggu husband pulang penuh sabar...owh...aku dah terdengar dah lagu Taylor Swift’ love story...siap-siap nak salam tangan husband...

dreamland

Adeeeiii..merapu-rapu tahap kritikal lah aku ni...panas ni... demam kot...bye lah korang...

p/s – bahagia itu cuma kita yang rasa, bukan 150 juta kali tapi infiniti =)

iman nur aima

Tuesday, May 7, 2013

my personal fact

Mana nak mula ni? Try ingat balik...

 Owh yer, bermula tahun 2004. Yup! 9 tahun lepas, aku punggah segala barang aku selepas tamat STPM dan mendaftar di USM Penang bagi memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswi (Skema nya ayat dan tolong jangan cuba-cuba mengira umur aku ok :P Nanti terkena ke-tulahan suku Seri Melenggang Negeri Sembilan! Waghiihhh okeh...Most wanted yaww...) Dah dapat scroll tahun 2007, aku kerja di Penang juga.

Sedari itu, menetap lah aku di Pulau Mutiara di utara tanah air. 9 tahun okeh! Kalau aku 'exaggerate' sikit, kalau aku kahwin lah kan? Kalau setiap tahun beranak kan? Data akan menunjukkan aku ada 8 orang anak dan seorang still dalam kandungan... Kalau lah kan... Nasib baik tak... (Fuhhhh). Point aku di sini ialah, lama tu!!! Lama wehh!! Aku menghirup udara Penang, makan Penang, minum Penang, jalan Penang, cakap Penang (yang ini aku tipu...tak pandai pun... biaq pun aku teraiii cakap penang sampai semboq2 ayaq lioq, aku tetap fail).

Setelah begitu lama aku berkelana, akhirnya pertengahan April 2013 yang lepas, aku memindahkan diri aku ke rumah ibundaku di Kuala Lumpur. Yup! KL for good! Ada positive and negative effect sebenarnya di atas tindakan aku ni....

goodbye penang! hukhukhuk...

aku start dengan negative dulu,

1. I'm jobless. Point jobless ni tak lah menyedihkan sangat tapi, aku tinggalkan kerja yang aku suka! Boss yang aku sayang! Environment yang conducive sangat!  *cry seven rivers* mana aku nak cari boss sebijik macam mantan boss aku tu? 
Bayangkan okeh...bila boss aku atau aku having a meltdown... boss aku jerit kat aku, aku diam. lepas tu, aku jerit kan boss aku, boss aku diam. Di ikuti 3 hari tak bercakap perang dingin. Hari ke-4, dua-dua makan biskut kering cicah ayaq teh sambil gelakkan diri masing-masing (i'm going to miss this moment damm much!)

rugi aku tak ambil banyak-banyak gambar meja antik ni, ni lah dia bekas sarang aku di USM :')

2. Aku tinggalkan buddies aku! *cry seven oceans*. Maunya tak sedih kalau hari-hari dah ngadap muka depa, tapi la ni depa dah tak ada depan mata cuma ada dalam facebook ja... Ini sangat lain! Most akan cakap, teknologi dah maju beb....perhubungan hanya dihujung jari! tak sama wehh...tak sama! 

i believe...

3. KL!!? yes KL! owh no...i'm back in KL...KL beb? KL? KL? anyonyonyo...KL?! it's KL. *facepalm*


tapi ada juga point positive yang buat aku cukup kuat untuk keluar dari comfort zone aku...

1. My love ones lebih dekat, tak lah jauh beratus-ratus batu. My dad, my mum, my sis, my bro, my cat, my makcik, my pakcik, my cousins and of course my bf lebih dekat *big grin*. 
Maka, tak adalah lagi ugutan dari ayah aku yang berbunyi "kalau lah ayah mati tecokik tongkol jagong, sompek jugak lah ko balik jongok ayah....ni ko jauh kek sanun nu haa...camano ko nak balik, tak sompek doh" (terjemahan diberi jika ada permintaan). 

Kesayangan - @abuya @bubu @buya - nama yang tak glamer langsung! nak tukar @richard parker tapi bubu tak bagi response langsung bila dipanggil :p

2. yang kedua ini bukan point yang solid tapi intangible point, iaitu - Hijrah. Bak kata seorang ustazah, merangkap mantan housemate aku - hijrah itu dituntut. Maka itu, aku kuatkan juga diri melakukan penghijrahan, bukan semalam aku berfikir nak berhijrah. Dah bertahun aku berkira-kira dan perlahan-lahan melakukan 'penghijrahan' and so, i am convinced, i'm ready for it :))


okeh. penat dah cerita panjang ni, sambung lain kali lah. salam guys.

p/s those fears will makes me grow stronger than ever :')

iman nur aima


Wednesday, April 10, 2013

but he said

There's so many things happening right now, and i feel a little agitated, troubled, nervous, uptight, excited etc...but he said,


and i...let myself breath slowly...

p/s - i need to write these things called 'feeling'...*later..*later

iman nur aima