Sunday, January 6, 2013

hantuk kepala


Kalau beginilah jalan yang kau pilih. Sila hantuk kepala kau ke dinding sehingga dunia jadi kelam!

Sampai bila kau nak melayan bayangan dan ilusi-ilusi yang kau reka sendiri! Sampai bila!!
Mimpi tetap mimpi! Realiti tetap realiti.

Atau kau nak biarkan minda kau terbejat dengan pemikiran luar sedar kau! Kau nak rugi seumur hidup? Nak mati dengan perasaan dan rasa yang hanya kau dalam dunia kau sendiri yang kau anggap benar? 

Sudah..sudahlah... bawa-bawalah tersedar. Sila bangun dari tidur kerana aku takut kau mati dalam tidur sehingga kau terlepas melihat cahaya pagi yang menyinari segenap ruang dunia ini! Belum pun malam, belum pun segalanya bermula...kau dah 'mati' dulu. 

p/s - aku tak marah dengan diri aku sendiri.... percayalah... aku marahkan kucing jiran aku... *smirk*

iman nur aima

8 comments:

  1. Replies
    1. seumpama terkurung lah. kalu tengok karangan berkaitan masalah moral, banyak guna perkataan terbejat ni. haha.

      Delete
  2. Tak tahu ditujukan utk siapa.Tetapi boleh ambil iktibar dri penyampain di atas.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya tak bangun pagi syok melayan mimpi :P

    ReplyDelete
  4. tidur itu indah.. tapi aku lebih suka sedar.. XD

    ReplyDelete