Balik jogging dari Taman Tasik Ampang
Hilir, idea aku mencurah-curah pulak nak menulis heeee... Rumah-rumah area situ cantik-cantik kot! *Jaw
drop* Serius punya cantik! Tapi kalau ada orang offer...tak pe lah, no thank
you... kehkeh *macam lah ada orang nak offer* hehe. Sebab aku nak rumah yang
simple-simple jer... otak aku ni sangat lah realistic. Tak minta lah yang
besar-besar, mewah-mewah mahupun yang tak tercapai dek akal...
Ape yang aku nak ek??? Hmm... aku
naaakkk...*pintal-pintal janggut sambil berfikir*
Owh.. aku nak bila bangun pagi, aku tengok
muka dia. Kitaorang akan breakfast makan buah-buahan dan sayuran dan tak lupa
juga susu segar *jaga kesihatan kannn*. Rumah kecil berwarna putih dan di tepi nya mengalir sungai berwarna
biru, hijau dan turquoise. Dalam sungai tu ada kura-kura, ikan kap, ikan emas
saiz gergasi dan juge nemo! Ikan kaloi pun aderrrr....
Sudah breakfast husband aku pun beransur
untuk ke tempat kerja, husband aku tak perlu pergi kerja jauh-jauh sangat > kalau
rindu, senang nak balik rumah kehkeh... Kerja dekat-dekat jer, traffic jam
kalau jauh, mesti dia stress nak sampai tempat kerja. Dia pergi kerja naik
helicopter, asap heli tu berwarna ungu, pink, baby blue, jingga dan berperisa
strawberry *heli mesra alam*. Bunyi heli tu gua kata sama lu orang sebijik
macam suara Taylor Swift! *ngahahaha*. Tempat kerja husband aku di tingkat 1059
di Burj Khalifa, Dubai, kalau korang nak jumpa dia. Kena buat appointment dulu
dengan Mr.Gandalf yerr di tingkat 1001.
Apabila aku siap mengemaskan dapur selepas
breakfast dan sudah terdengar bunyi heli suara Taylor Swift tu sayup-sayup
*lagu love story okeh*, aku menapak lah kebelakang rumah. MasyaAllah,
terbentang luas ladang yang aku usahakan selama ini...ada tak aku cakap aku
kerja ape? Ni aku nak cakap ni *big grin*... kerja aku adalah sebagai petani.
Kat ladang tu ada kucing telinga cotton folds, ada Richard Parker, kuda belang,
elephant, Peter Pan, Tinkerbell dan juga teddy bear. Setiap batas ladang tu ditanam
dengan tanaman yang berbeza seperti lollipop, pokok durian, sugar cloud, bayam
dan pelbagai jenis bungaan warna pelangi. Aku suka sangat duduk di beranda
rumah mengadap ladang itu sambil minum earl grey dan kunyah cekodok pisang
menunggu husband pulang penuh sabar...owh...aku dah terdengar dah lagu Taylor
Swift’ love story...siap-siap nak salam tangan husband...
![]() |
dreamland |
Adeeeiii..merapu-rapu tahap kritikal lah
aku ni...panas ni... demam kot...bye lah korang...
p/s – bahagia itu cuma kita yang rasa,
bukan 150 juta kali tapi infiniti =)
iman nur aima
Impian aku..mulakan pagi dengan lihat wajah isteri..dan akhiri malam dgn wajah isteri..setiap hujung minggu, aku akan bangun sediakan breakfast, dan gantikan tugasnya selama 2 hari..ganjaran untuk 5 harinya..itu kalau dia seorang suri..kalau dia seorang yang berkerjaya..hujung minggu kami akan lakukan semuanya bersama.huhu.panjang sungguh komen aku.
ReplyDeleteDezee!! indah! amin..amin yarabbal alamin :)
Deleteoh manisnya.
ReplyDeleteHahaha.... Bila bab heli ngan lolipop keluar rasa kt dunia lain dh. Tp, goodluck?heee
ReplyDeleteToo good to be true?
ReplyDeleteah, persimis.
Semoganya!
-AsaSiaga-
Same jugak, rasa begitu..
ReplyDeleteDulu kt skola slalu dengar perkataan 'infiniti'..
"Seinfiniti kesyukuran ke hadrat ilahi krna telah mengurniakan kita dua nikmat yg terbesar iaitu
Nikamt iman & Islam"..
hurm... impian aku utk tidak berada di muka bumi ni... ahahaha *gelak jahat sambil menitiskan air mata*
ReplyDeletesang mantan - manis seperti cloud candy belakang rumah! :P
ReplyDeletehara - thanks!
asa siaga - yer...harap-harap lah...
teena tna - semua harus rasa begitu :)
kopi latte - apalah masalah kamu niee?..hahah
takde masalah la.. ok je, impian takde kat muka bumi mungkin ingin tiggal di syurga yer dak... impian juga tuh ^_^V
ReplyDeleteaminnn..aminn yarabbal alamin...surga di dunia pun ada, jng risu.. :P
Delete