“Hoit
budak...kau dah jumpa dia?” Abang Man berlari-lari anak mengikuti langkah laju
aku.
“Siapa?” balas
ku ringkas.
“Fakhrul”
“Aku tak nak
jumpa lah, geli dowh! Aku tak boleh...”
“Mamat macam tu
pun kau tak nak, habis ko nak tunggu siapa!? “
“Badan ketak-ketak
macam tu...isk, aku geli bro! Aku nak yang busuk-busuk je...”
“Busuk macam
mana yang kau nak? Tak faham aku! Busuk betul aku bagi nanti, kau lari pulak!
Dah semua kau tolak ni, anak Datuk Bahaman pun kau tak mahu. Janganlah buat
abang rasa bersalah dengan arwah mak ayah kau Aisyah”.
Aku hanya mampu tersengih.
Aku tahu abang Man sayangkan aku sebab tu dia sentiasa gesa aku supaya aku
cepat kahwin dan tak putus-putus menyenaraikan calon-calon yang sesuai untuk
aku pilih sebagai suami. “Sabarlah Abang Man, akan tiba waktunya...”
***
Aishah berhenti menghela
nafas yang tersekat-sekat di bawah pohon ketapang yang tersusun sepanjang
denai. Letih berlari, Aisyah duduk meluruskan kaki untuk melegakan lelah. MP3
yang terpasang ditutup. Aisyah menutup mata, membiarkan alam berbicara
dengannya. Sunyi, redup dan damai.
Bunyi mesin
rumput membingit menyedarkan Aisyah dari tafakurnya. Matanya dibuka pantas dan
luas. Geram pun ada kerana merasa diganggu.
“Abang, tu ada
rumput abang tak potong lagi tu? Kat situ, kat situ dan dekat situ...” jerit
Aisyah pada pemuda yang menutup keseluruhan tubuhnya kecuali dua anak mata yang
khusyuk memotong rumput.
Lelaki itu cuma
menoleh ke arah Aisyah tanpa berhenti melakukan tugasnya. Hati Aisyah tak sedap
– “Ish... yang aku gatal nak tegur dia buat kerja kenapa?” Namun, Aisyah masih
tak puas. Kemas kerja lelaki tu memotong rumput tapi masih ada yang tertinggal.
“Abang, kenapa
tak potong sekali pokok rumput tu. Kan ke lebih kemas lagi...dah cantik dah
abang potong ni tapi kat situ, situ dan situ... kenapa tak potong sekali?”
Ligat tangan Aisyah menunjukkan rumput yang tidak dipotong.
“Itu pokok
dandelion, biar kan saja” balas pemuda pemotong rumput itu, garau dan bersahaja
tanpa menoleh ke arah Aisyah.
“Owh tak pekak
dan tak bisu rupanya mamat ni” getus hati Aisyah. “Pokok dandelion? Aku tengok
macam rumput jer...” bisik Aisyah, direnungnya pemuda pemotong rumput itu.
Aisyah tekad mendiamkan
diri, walau jauh dalam sudut hatinya, dia masih belum puas hati kerana matanya
masih melihat ada semak yang tidak dibersihkan. Aisyah sedar akan sindrom ‘obsessive
compulsive disorder’ yang dialaminya, oleh itu dia masih dapat mengawal diri
dari bangun dan mencabut pokok-pokok rumput dandelion yang dipanggil oleh
pemuda pemotong rumput itu. “Dandelion, cantikkah engkau?”
***
NOTA
Buat Abang Pemotong
Rumput,
Abang pemotong
rumput - aku sukakan kau. Kali pertama aku jumpa kau semasa kau memotong rumput
5 bulan lalu, kau enggan memotong pokok-pokok rumput yang kau panggil
dandelion. Dari saat itu,setiap satu hari dalam seminggu aku akan perhatikan kau
memotong rumput. Gila kan aku? Apa kau tak pernah perasan akan kehadiran aku?
Aku sukakan
bau-bau rumput segar yang telah kau potong. Aku suka lihat paten-paten rumput
yang kau potong. Walau aku cuma dapat lihat mata kau. Aku tetap sukakan kau.
Aku suka lihat pokok-pokok dandelion yang kau tinggalkan, dan setiap hari aku
akan lihat benih-benih dandelion yang beterbangan.
Abang Pemotong Rumput,
Saat kau baca
nota ini, aku rasa aku sudah tiada. Tak apalah, walau aku tiada tapi aku nak
tinggalkan kau dengan satu pengertian - aku sukakan kau (aku sedang senyum saat
aku tulis nota ini tahu). Aku sukakan kau, walaupun aku tak kenal siapa kau,
nama kau hatta wajah kau juga aku tidak dapat membayangkan.
Terima kasih
kerana mengisi masa dan hari-hari akhirku. Kalau aku punya masa yang lebih
panjang. Pasti aku akan bertanyakan nama kau. Tidaklah aku panggil kau sebagai
abang pemotong rumput sahaja.
Baru aku mengerti, pokok dandelion itu, cantik rupanya.
Aisyah namaku. Arwah lebih tepat. Wassalam.
pict source: http://jackietran.deviantart.com
p/s kisah apelah yang aku karang ni, tak berkesinambungan...aarghh....post ajelah....
iman nur aima