Aku mahu berantakan lah
Seluruh genap perasaan ini
Aku mahu terbunuh
Dan mati...
Biar bernoktah
Biar tercarik dan berdarah
Biar hati ini menjadi lebih parah
Dan matilah ia membawa kelesuan ini
Aku mahu ia terhenti
Aku mahu ia hilang
Mahu ia pergi dan takkan pernah kembali
Dan jika ia kembali
Pasti akan aku tusuk ia dengan belati tajam
Biarkan ia berdarah dan terhenti
Mati bersendiri
Bezakan kesakitan ini dengan derita
Bezakan kesakitan ini dengan pedih luka
Bezakan ia dengan tangisan...
Bezakan ia dengan raungan..
Lebih gelap...lebih menyiksakan
Dan aku mahu
Tergenggam lah kesakitan ini
Terhenti dalam langkah yang kian perlahan
Biar bernoktah sampai disini
::: pena iman nur aima~
No comments:
Post a Comment