Monday, April 4, 2011

Fitrahku Untuk Kamu

Satu keperluan...
Seperti nya...
Aku perlu bernafas...
Aku perlu hilangkan dahaga...
Aku perlu hilangkan kelaparan...

Satu keperluan...
Sepertinya...
Aku perlu berlindung...
Dari panas terik membakar..
Dari hujan taufan yang menenggelami...

Satu kehendak...
Sepertinya...
Aku mahu bersandar kepadamu...
Aku mahu terlena dalam hangat dakapmu...
Aku mahu terbelai dengan kasihmu...

Satu kehendak...
Sepertinya...
Aku mahu melihat senyumanmu...
Aku mahu melayan kedegilanmu...
Aku mahu menyentuh kamu...

Fitrahku memaksa aku perlukan kamu...
Fitrahku memaksa aku mahukan kamu...
Fitrahku adalah untuk kamu...

Satu keperluan...
Satu kehendak...
Satu Fitrah...

Apakah itu?
Cinta yang  kamu sendiri tahu....

::: pena iman nur aima~


No comments:

Post a Comment