Saturday, July 21, 2012

maaf

aku tak sebut maaf dan memberi kemaafan tanpa makna, tanpa penyesalan, tanpa rasa yang terbit dari sisi diri aku yang paling dalam... 

mohon maaf itu berat, memaafkan itu maha berat. jika sekadar memohon maaf dan memberi kemaafan kerana orang lain juga melakukan sedemikian - kerana kebiasaan, kerana terpaksa, itu adalah etika yang salah. bila mana rasa itu tidak jujur, segalanya jadi tanpa makna. maaf dan kemaafan bukan mainan...bukan kata-kata ringan yang mudah sangat diucapkan.

ya. aku ego, aku angkuh lagi sombong untuk memohon maaf namun tak bermakna aku tak pernah lafazkannya. sekali aku meminta kemaafan, maka gugurlah jantungku dan ketahuilah, ada roh yang mengiringi maaf dan kemaafan aku. sungguh-sungguh maaf dan kemaafan itu maha berat bagi aku. memohonnya dan memberinya meragut rasa halus dalam diri aku. dan untuk harga kemaafan dan permohonan itu, aku rendahkan martabat dan darjat ku kerana itu sebaik-baik penyesalan bagiku. 

"aku mohon maaf dan tiada lah salah apa pun kamu dengan aku"...sungguh kata-kata ini menyebabkan jari aku bertaut erat...tangan aku terketar, dan titis-titis jernih meluncur laju...kalau kau renung aku dalam-dalam - kau akan nampak, sisi gelap aku yang cuba aku suluh agar terang dan menenangkan.


iman nur aima

6 comments:

  1. kemaafan memang berat dilafaz jika ianya tidak hadir dari hati yang ikhlas :-)

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  2. tq sebab selalu singgah blog saya...

    ReplyDelete
  3. welcome @el mariachi... it's a nice blog anyway..

    ReplyDelete
  4. aku minta maaf bila aku rasa aku ada buat salah pd orng tu walau mungkin logik akal.. tiada sebenarnya.. =(

    ReplyDelete
  5. reenapple - masyaAllah..aku juga selalu macam tu... tapi benar2 perlu makna... :)

    ReplyDelete